suria

Duit faktor Floor 88 masih kekal sebagai kumpulan, banyak ambil nasihat artis lama

Floor 88 sudah lapan tahun bersama.

MENITIKBERATKAN soal wang antara faktor Floor 88 masih utuh sebagai sebuah kumpulan selepas lapan tahun membina nama dalam industri muzik.

Vokalisnya iaitu Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 28, berkata, sudah menjadi amalan Floor 88 untuk mengagihkan sebahagian pendapatan daripada projek solo dalam tabung kumpulan.

Kata Ayie, cara itu bukan sahaja dapat membantu ahli lain yang tiada pendapatan tetapi mengeratkan ukhwah di antara mereka.

Ayie sentiasa menjaga ukhwah bersama Floor 88 seperti adik beradik.

“Gaduh di antara ahli kumpulan itu memang ada, cuma niat hendak keluar (berpecah) tidak pernah terlintas.

“Sebab kami memang utamakan kewangan Floor 88 sebab sesiapa ada persembahan solo atau projek sendiri akan letak sebahagian peratusan untuk ahli kumpulan.

“Perkara itu buatkan ukhwah di antara kami semakin kukuh,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak projek solo tapi ahli Floor88 masih utamakan kumpulan... Sanggup berkorban masa dan duit

ARTIKEL BERKAITAN: Ayie Floor88 rancang anak kedua, tak risau kos hidup bertambah... “Itu juga pintu rezeki”

Menurut Ayie, mereka mengamalkan perkara itu selepas mendapat banyak nasihat daripada artis lebih berpengalaman seperti Datuk Hattan, Datuk Nash dan Man Kidal.

“Setiap kali buat persembahan kami selalu berjumpa dan minta tip daripada artis lama cara kekal lama sebagai sebuah kumpulan.

“Antara perkara ditekankan adalah fasal duit sebab ia boleh buat sesiapa sahaja bergaduh.

Floor 88 sudah lapan tahun bersama.

Sementara itu, Ayie memberitahu dia biasanya akan mengutamakan tawaran bersama Floor 88 berbanding persembahan solo. 

"Ada sesetengah penganjur memang nak saya solo dan bayaran pun boleh tahan tinggi, tapi saya selalu utamakan band.

"Bagi saya buat persembahan solo pun masih kena berkongsi, jadi baik panggil satu kumpulan terus," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain