DILIHAT berdepan kesukaran untuk berjalan, pelakon Mak Wan Latah memaklumkan keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
Menurut Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 64, dia memgalami beberapa komplikasi penyakit dan terkini doktor mengesan masalah kekurangan air pada buah pinggang.
"Sejak kontroversi dulu kesihatan terus merundum, tapi cuba kuatkan diri juga.
Kesihatan Mak Wan makin merosot.
"Macam-macam penyakit, saya ada kencing manis, darah tinggi, masalah kolestrol, dan sakit lutut.
"Terbaharu saya buat pemeriksaan kesihatan, doktor kata buah pinggang saya tak cukup air," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Tabah menghadapi ujian kesihatan, Mak Wan berkata dia tetap kuat mengharungi kehidupan meskipun hanya tinggal bersendirian.
Dalam pada itu, Mak Wan berkata dia terpaksa mengurangkan pengambilan makanan kerana berdepan masalah semput atau asma.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 6 bulan tiada ‘job’ berlakon, Mak Wan meniaga kecil-kecilan teruskan hidup - “Allah dengar rintihan dalam setiap solat”
ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah hampir pengsan, tuduhan ganggu rumah tangga orang fitnah - “Ada ke lelaki nak saya lagi?”
"Syukur Allah pelihara saya, tinggal seorang diri pun tidaklah sampai tahap murung.
"Cuma sekarang ini saya dah kurang makan, banyak makan roti sahaja sebab senang dan tak tersangkut di saluran pernafasan.
"Kalau makan makanan berat lain cepat semput, jadi memang kena jaga kesihatan," jelasnya
Tidak menganggap ujian penyakit itu sebagai beban, Mak Wan menganggap ia merupakan teguran daripada Allah SWT.
Mak Wan mahu fokus pada ibadah.
Justeru itu, dia kini lebih banyak beribadah dan berazam untuk mengumpul pahala sebagai bekalan di hari mendatang.
"Saya reda Allah beri ujian kesihatan ini pada saya.
"Mungkin ia teguran untuk saya banyakkan ibadah lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan.
"Bila dah tua ni saya tak nak buat dosa lagi, nak cari pahala sahaja," ujarnya
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!