TANPA berselindung, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan suami baharu usahawan Rozita Ibrahim adalah abang sulungnya.
Rebecca, 39, juga menyambut baik kehadiran Rozita sebagai ahli baharu dalam keluarganya.
Malah Rebecca turut menitip doa agar perkahwinan pasangan berkenaan berkekalan.
Kemesraan Rozita bersama ibu mentuanya.
“Assalamualaikum kakak iparku. Kita (saya) wakil daripada keluarga kecil kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga.
“Semoga perkahwinan Abang Long dan Kak Rozi (Rozita) ini membawa sampai ke akhir hayat dan ke syurga, dijaga, diberkati serta dipelihara Allah SWT.
“Saling sayang menyayangi dan hormat menghormati. Jodoh, ajal, maut sudah tertulis di Luh Mahfuz, pernikahan itu adalah ibadah yang Allah suka,” katanya.
Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak lagi sorok-sorok, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baharu di Makkah
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki berkumis tebal suami baharu Bonda Rozita? Menantu tak berani buka mulut, suruh tanya tuan badan
Dalam hantaran tersebut, Rebecca turut memuat naik beberapa momen dia bersama keluarga hadir ke majlis pernikahan Rozita yang dilakukan secara tertutup.
Bagaimanapun Rebecca tidak berkongsi lanjut mengenai majlis tersebut namun pasangan itu dilihat bergandingan tangan selain dikelilingi meja dipenuhi tetamu.
Malah dia juga berkongsi beberapa foto yang memaparkan seisi keluarga termasuklah abang sulungnya dan Rozita.
Pada malam Ahad, Rozita secara terbuka berkongsi status perkahwinannya dengan suami baharunya di Instagram.
Rebecca dan suami turut mengambil gambar bersama Rozita.
Pasangan berkenaan ketika ini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.
Desas-desus perkahwinan Rozita mula menjadi tanda tanya apabila lelaki berkenaan tiba-tiba muncul dalam satu sesi siaran langsung ketika dia berada dalam sebuah bilik hotel.
Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudian mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh.
Ain bagaimanapun enggan mendedahkan punca Rozita berpisah dengan suami terdahulu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!