suria

Zulin Aziz sudah halalkan, insiden wang hilang diganti rezeki lebih baik

Zulin sudah halalkan wang yang hilang.

MENGANGGAP rezeki tidak memihak kepadanya, pelakon Zulin Aziz sudah menghalalkan wang tunai yang hilang semasa dalam perjalanan bercuti di Korea Selatan pada Disember lalu.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 36, berkata kehilangan tersebut sudah pun digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

"Saya sudah halalkan dan berharap duit itu dijumpai orang yang betul-betul memerlukan. Saya hanya mampu bersangka baik sahaja. 

"Allah pun sudah ganti balik. Jadi saya tak kenang lagi," katanya kepada mStar.

Zulin  enggan berkongsi jumlah wang tunai yang hilang.

Zulin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Temasya Komedi Rakyat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zulin mengakui sikap cuainya membuatkan dia menganggung kerugian tersebut.

Dia juga percaya dompet tersebut tidak dapat ditemui semula kerana ia berisi wang tunai yang banyak dan membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.

Namun dia bersyukur apabila wang di dalam akaun bank miliknya tidak terusik selepas kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dompet hilang belum jumpa, Zulin Aziz harap jatuh di tangan orang memerlukan... Peminat murah hati siap nak belanja makan

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kenang nasib diri di Korea Selatan, dompet berisi wang hilang... Dipercayai tertinggal dalam kapal terbang

"Mungkin disebabkan dalam itu ada tunai, jadi orang yang mengambil rambang mata. Kalau tiada tunai mungkin selamat.

“Nasib baik saya ada Applepay, itu menyelamatkan saya semasa di Korea sebab kad bank semua sudah tiada.

"Memang tiada mood ketika itu tapi Alhamdulillah tiada kehilangan dalam bank cuma wang tunai itu sahaja," ujarnya.

Zulin bagaimanapun enggan berkongsi jumlah sebenar kerugian ditanggung namun memaklumkan wang tersebut cukup membayar makanan, penginapan dan pengangkutan selama beberapa hari di Korea.

Saya tak nak ada masalah saya keluarkan siap-siap.

ZULIN AZIZ

PELAKON/PELAWAK

"Jumlah yang saya bawa itu memang banyak sebenarnya kerana saya sudah asingkan untuk bayar makanan, penginapan dan pengangkutan. 

"Saya keluarkan itu pun kerana ramai pesan pada saya untuk bawa lebih bagi mengelakkan di tahan di pihak imigresen.

“Jadi saya tak nak ada masalah saya keluarkan siap-siap. Tak sangka pula lain jadinya," luahnya.

Pada Disember lalu, Zulin berkongsi rasa cemas apabila kehilangan dompet semasa tiba di Korea Selatan untuk bercuti bersama suami, Farhan Norzaini.

Zulin akan lebih berhati-hati selepas ini.

Katanya kali terakhir dia mengeluarkan dompet itu ketika berada di dalam pesawat untuk membeli minuman.

Dalam perkembang lain, Zulin turut terlibat dalam Temasya Komedi Rakyat yang menghimpunkan pelawak hebat dalam satu jelajah ke empat lokasi seperti Pahang, Perak, Johor dan Singapura bermula Mei hingga Julai depan.

Menurut Zulin, penglibatannya itu sebagai salah cara kemunculan semula memandangkan sudah lama sepi dalam hiburan seni komedi.

"Fokus utama acara ini adalah kemuncak festival iaitu Showtime Temasya Komedi Rakyat atau Pesta Malam Muda Mudi yang mana kumpulan Shiro dan rakan-rakan akan kembali beraksi bersama di pentas yang sama untuk menghiburkan semua pengunjung festival," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain