PELAKON Syanie sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa kerana sudah lama tidak menerima sebarang tawaran penggambaran drama atau filem.
Selepas hampir setahun, Syanie atau Syaniza Hisham, 51, masih berdepan situasi sama.
Dalam nada reda, pelakon ini bagaimanapun masih mencari sebab namanya seakan tidak lagi mendapat perhatian produser tempatan.
Tahun lalu Syanie meluahkan rasa kecewa kerana tiada tawaran berlakon.
"Kali terakhir saya berlakon adalah dua tahun lepas. Selepas itu memang tiada tawaran. Cuma ada untuk iklan pada Februari 2024 dan tahun ini.
"Kalau ditanyakan, saya tiada jawapan kenapa tidak menerima tawaran. Mungkin tiada cerita atau watak yang sesuai untuk saya," katanya kepada mStar.
Biarpun begitu, Syanie tidak mahu mengambil pendekatan ekstrem mendekati mana-mana produser atau pengarah untuk mengambilnya berlakon.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan bersara tapi tiada tawaran, Syanie tak pernah terfikir tinggalkan dunia seni
ARTIKEL BERKAITAN: “Korang pernah nampak saya kecil ke?” - Syanie kesal masih terima komen ‘body shaming’ setiap kali live
Bagi aktres ini penglibatan sepanjang 34 tahun dalam dunia seni sudah cukup membuatkan namanya dikenali ramai.
Malah tidak mustahil produksi baharu sekarang ini juga sedar akan kewujudannya dalam industri.
"Tak perlulah saya nak mendekati mana-mana produser. Rasanya mereka cukup tahu tentang diri saya dan watak apa yang sesuai. Saya sudah berlakon sejak 34 tahun dahulu.
Saya tak boleh nak paksa orang panggil berlakon. Kena reda dan akur dengan keadaan
SYANIE
PELAKON
"Biarpun ramai penerbit dan pengarah muda, tetapi kru ramai lagi kru produksi orang lama. Kalau ada watak sesuai seperti wanita berusia dan berbadan besar, mesti mereka akan cari saya," ujarnya.
Dalam masa sama Syanie juga memberitahu minatnya terhadap dunia lakonan tidak pernah luntur.
Syanie harap terus diberi peluang berlakon.
Bahkan dia akui rindu dengan untuk kembali ke lokasi dan sedia memberikan sepenuh komitmen terhadap lakonan.
"Saya tak boleh nak paksa orang panggil berlakon. Kena reda dan akur dengan keadaan.
"Minat saya tidak pernah padam. Saya rindu suasana di lokasi. Saya juga rindu dan bawakan pelbagai watak," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!