PELAKON Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Hans atau Gerald Hans Isaac, 54, memulakan tugasnya bermula Rabu.
Perkara tersebut diumumkan menerusi kenyataan rasmi seperti di Instagram rasmi agensi berkenaan.
Hans kembali menerajui Finas.
"Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Finas berkuatkuasa 26 Mac 2025," jelas kenyataan berkenaan.
Pelantikan tersebut dibuat selepas Pengerusi terdahulu iaitu Datuk Kamil Othman menamatkan perkhidmatan pada 22 Februari lalu.
Ini merupakan kali kedua Hans memegang jawatan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Azmir Saifuddin CEO baharu Finas
ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun bergelar pelakon, sudah tiba masa Hans Isaac ucap selamat tinggal dunia seni - “Semua perkara baik akan ada pengakhiran”
Hans sebelum ini pernah menjadi pengerusi Finas pada April 2019 hingga Mei 2020.
Pelakon itu kemudiannya memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi sesi 2023/25.
Untuk rekod, Hans mula aktif sebagai pelakon sekitar tahun 1995 dan namanya dikenali menerusi filem Ringgit Kasorrga.
Hans ketika berkhdimat bersama PSM.
Bukan hanya berlakon filem, dia juga banyak melibatkan diri dalam drama televisyen selain pementasan teater.
Antara lain filem lakonannya adalah seperti Buli Balik, Baik Punya Cilok, Langgar dan Qabil Khushry Qabil Igam.
Hans turut melibatkan diri dengan kerja belakang tabir sebagai pengarah dan penerbit.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!