suria

Dituduh pura-pura pengsan, Ifa Raziah ‘koyak’ netizen doanya cepat mati

Ifa menangis baca komen minta dirinya cepat meninggal dunia.

GUGUR air mata penyanyi Ifa Raziah apabila ada pihak mendoakan agar dia cepat mati gara-gara kejadian dia pengsan baru-baru ini.

Dituduh melakukan pura-pura pengsan demi perhatian, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 50, tertekan dan menangis apabila membaca komen sedemikian tentangnya.

"Kenapa hendak doakan saya cepat mati? Apa salah saya? Perkara itu yang buatkan saya agak 'koyak' sampai menangis.

Ifa terkilan apabila segelintir netizen beri komen negatif pada dirinya.

"Hina dan jahat sangat ke saya sampai doakan begitu? Tapi saya anggap itu sebagai ladang pahala buat saya," katanya kepada mStar.

Walaupun ada mendoakan agar dia cepat mati namun Ifa sedia melupakan perkara itu sekiranya mereka meminta maaf kepadanya.

Namun kepada yang enggan, Ifa hanya mampu meminta mereka bersedia untuk menjawab di akhirat kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun bermusuh, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada niat perlekeh wanita Iban, Ifa Raziah mohon maaf

"Pada mereka mendoakan saya meninggal dunia, kalau rasa nak minta maaf saya sedia maafkan.

"Tapi kalau tak nak minta maaf, kita jumpa sahaja di padang mahsyar," ujarnya.

Sementara itu, Ifa menjelaskan punca utama dia pengsan sehingga dikejarkan ke hospital adalah disebabkan tidak cukup rehat dan kekurangan nutrisi dalam badan.

Ifa dikejarkan ke hospital selepas pengsan di acara Starvendors 2025, Ahad lalu.

"Selain itu tekanan darah saya waktu itu juga sangat rendah," jelasnya.

Sebelum ini, tular video Ifa dikejarkan ke hospital pada acara perasmian StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung Ahad lalu.

Bagaimanapun rata-rata netizen mendakwa insiden berkenaan hanyalah gimik rekaan Ifa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain