suria

Sabhi Sadhi sudah 6 tahun tak balik raya di Sabah, harga tiket sama macam ke luar negara

Sudah enam tahun Sabhi tidak pulang beraya di Sabah.

SYAWAL tahun ini bakal menjadi kali keenam penyanyi dan pelakon Sabhi sadhi dan keluarga tidak pulang meraikan hari raya di kampung halaman di Sabah.

Sabhi, 41, memberitahu mereka sekeluarga tidak pulang ke kampung kerana harga tiket kapal terbang yang mahal pada musim perayaan dan tidak berbaloi.

“Tahun ini sebenarnya masuk tahun keenam saya sekeluarga tidak balik Sabah untuk menyambut hari raya.

Sabhi tidak pulang ke Sabah musim perayaan tahun ini.

“Bukan apa tetapi harga tiket kapal terbang sudah macam hendak pergi ke destinasi luar negara! Pergi ke Jakarta lagi murah.

“Saya pula ada ramai anak jadi untuk tiket penerbangan sahaja sudah mencecah RM10,000,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut, kata Sabhi dia bersyukur orang tuanya di Sabah memahami situasi dialami malah tidak pernah memaksa mereka pulang ke kampung.

Malah kata Sabhi, jika ada rezeki dia ada merancang untuk pulang ke kampung selepas perayaan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabhi Saddi rancang tinggalkan dunia seni tahun depan, hati terjentik selepas pemergian Jojo

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit ini bukan datang dari sesiapa tapi Allah nak beri” - Sabhi Saddi

“Keluarga di Sabah tahu keadaan kami, tapi untuk bayar tiket mahal-mahal memang tak berbaloi.

“Apa-apa pun saya bersyukur sebab keluarga faham situasi kami, mungkin selepas raya kalau ada rezeki saya akan pulang" jelasnya.

Biarpun tidak pulang ke kampung halaman, Sabhi memberitahu rutin wajib di pagi raya adalah membuat panggilan video dengan ibu dan bapanya.

Sabhi bersama isteri dan lima orang anaknya.

"Memang pagi raya rutin akan buat panggilan video, perkara itu memang wajib, nanti jadi anak derhaka pula," katanya.

Untuk rekod, Sabhi berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Rosi Aswani Abdul Razak pada 2012.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain