suria

Shahz Jaszle buat sendiri kuih raya, memang gemar ‘baking’ ikut resipi ibu

Shahz lebih gemar buat kuih raya sendiri.

MENERUSKAN tradisi keluarga, pelakon Shahz Jaszle memberitahu kuih raya yang dihidangkan buat tetamu pada hari raya nanti adalah hasil air tangannya sendiri.

Kata Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 37, resipi kuih tersebut adalah milik ibunya yang ditulis dalam sebuah buku sejak bertahun-tahun dahulu.

"Ibu saya ada satu buku resipi yang lengkap dengan cara memasak pelbagai kuih raya. Mudah untuk saya ikut dan hasilnya memang sedap.

Shahz dan isteri saling berbagi tugas untuk persiapan raya.

"Sebenarnya sejak hidup bujang lagi saya memang suka baking.

“Jadi apabila musim raya saya akan buat sendiri kuih untuk dihidangkan kepada tetamu," katanya kepada mStar.

Antara kuih raya yang biasa dibuatnya adalah seperti tart nanas, chocolate chip dan sarang semut.

ARTIKEL BERKAITAN: Produser minta aktif media sosial, Shahz Jaszle terpaksa akur... Mujur isteri bantu ikut trend semasa

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada isteri baik dan cantik” - Shahz Jaszle dah minta izin sebelum lakon aksi daring dalam ‘Senyawa’

Bukan hanya itu, pelakon ini tidak akan lepas tangan dalam menyediakan persiapan raya termasuk mengemas dan menghias rumah.

Bercerita tentang juadah lain di hari raya, Shahz memberitahu isterinya iaitu Hanis Husna pula seorang jaguh di dapur.

"Persiapan raya saya akan terlibat sama. Tak boleh nak lepas tangan kepada isteri untuk buat semua. Saya akan bantu dalam kerja-kerja berat termasuk mengemas rumah.

Shahz dan keluarga sambut raya di KL.

"Isteri akan masak rendang ikut resipi keluarga saya. Masakan dia memang sedap," ujarnya.

Tambahnya meskipun berniaga di bulan Ramadan, namun persiapan raya tidak diabaikan dan semuanya dirancang dengan teliti.

Shahz menyambut hari raya bersama keluarga di Kuala Lumpur.

"Sepanjang Ramadan lalu saya agak sibuk berniaga produk pakaian sendiri. Jadi perlu rancang masa sebaik mungkin buat persiapan supaya tidak kelam-kabut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain