SEBAGAI seorang penyanyi tersohor pasti ramai menyangka Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya memakai pakaian berjenama dan rekaan pereka fesyen terkenal sahaja.
Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 46, bagaimanapun mendedahkan dia juga seperti wanita lain yang turut gemar membeli pakaian secara dalam talian.
Malah kata Siti, bersempena hari raya tahun ini, beberapa koleksi baju miliknya adalah hasil pembelian secara dalam talian.
Siti menyambut bersederhana menyambut Aidilfitri.
"Raya kan sebulan? Jadi ada juga pakaian yang saya beli secara online," katanya kepada mStar.
Bercerita mengenai persiapannya, Siti lebih memfokuskan kepada anak-anaknya iaitu Siti Aafiyah, 7 dan Muhammad Afwa, 4 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat bersaing, Siti Nurhaliza seronok ramai penyanyi lancar lagu raya baharu
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Anta Permana’ jadi pilihan Raja Charles III, Siti Nurhaliza ingat kena tipu
Kata Siti, apa paling penting dia akan menyediakan sekurang-kurangnya sehelai pakaian sedondon bersama keluarga.
"Persiapan raya saya setiap tahun sama sahaja. Sediakan kuih muih dan makanan untuk hari raya pertama.
Siti lebih mengutamakan busana raya untuk anak-anak.
"Fokus pada pakaian suami dan anak-anak. Saya percaya semua ibu-ibu di luar sana pun begitu.
"Baju Aafiyah pula setiap tahu memang saya beli kain lebih untuk buat baju sedondon. Afwa pula sama dengan ayahnya," ujarnya.
Bagi Aidilfitri tahun ini, dia hanya membeli tujuh pasang baju baharu untuk digayakan dan selebihnya memakai pakaian lama dalam koleksinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!