PENYANYI Adira Suhaimi tidak pernah merasai nikmat meraikan Aidilfitri bersama bapa kandungnya sejak dia dilahirkan.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, bagaimanapun sudah terbiasa dengan keadaan itu malah ibunya sering berpesan agar tidak menanam perasaan benci terhadap bapanya.
“Apa saya lalui mungkin berbeza daripada orang lain sebab sejak saya dilahirkan ayah memang sudah tidak tinggal bersama (ibu bapa bercerai).
Adira sudah biasa beraya tanpa bapa.
“Buka sahaja mata di dunia ini saya hanya ada mak tapi Alhamdulillah semuanya okay.
“Mak pun tak pernah ajar kami bencikan ayah sebab macam mana pun dia tetap bapa kandung saya,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Adira berkata dia tidak menyimpan perasaan dendam atau benci terhadap bapanya kerana yakin lelaki itu ada alasan di atas setiap tindakannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Adira dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Hati Adira berbunga-bunga, terbuka beri peluang kedua selepas lihat kegigihan Datuk Red
Malah Adira turut memasang niat untuk mencari bapanya suatu hari nanti.
“Teringin meraikan Aidilfitri bersama ayah itu ada cuma saya memang sudah terbiasa beraya tanpa ayah.
“Saya tidak berdendam atau benci ayah dan berharap dapat bertemu dengannya suatu hari nanti,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!