SETIAP ibu pasti mahu memberikan nutrisi secukupnya dengan membekalkan susu badan buat bayi mereka.
Bagaimanapun pelawak dan penyampai radio Suria FM Chiwan memberitahu anaknya yang baru berusia dua bulan lebih menerima susu formula berbanding susu badan.
Menurut Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 39, jumlah susu badan dihasilkan oleh isterinya sebelum ini mungkin tidak mencukupi membuatkan anak mereka terbiasa dengan susu formula.
Anak Chiwan sudah terbiasa minum susu formula.
"Sekarang memang beri anak minum susu formula, sebab susu badan isteri tak cukup banyak penghasilannya," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Chiwan memberitahu isterinya iaitu Amira Ayuni Hashim berasa penat dan sedih kerana tidak dapat memberikan susu badan secukupnya buat anak mereka.
Lebih buatkan Amira sedih apabila anaknya sudah terbiasa dengan susu formula sehingga menolak untuk minum susu ibu.
ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak pertama
ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan gembira Shiera kembali ke konti, terubat rindu dengar celotehnya di radio
Malah sebagai suami Chiwan kekal positif dan menenangkan isterinya untuk tidak terus bersedih.
"Isteri ada cakap dia penat dan sedih sebab kadang-kadang bagi susu badan kat anak tapi tak nak.
"Sebagai seorang ibu, pastinya dia sedih anak tak mahu minum susu badan ibunya sendiri.
Sebagai suami, Chiwan tetap beri semangat kepada isteri.
"Saya kata tidak mengapa, kalau tak boleh kita hentikan dan beri susu formula sahaja," jelasnya.
Untuk rekod, Chiwan dan Amira mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Canteq Kesuma yang kini berusia 2 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!