suria

Enggan anak tertekan tempuh kesesakan lalu lintas, Intan Najuwa pilih beraya di KL

Anak jadi faktor Intan tak pulang beraya di Johor Bahru tahun ini.

PELAKON Datin Intan Najuwa tidak akan pulang beraya di Johor Bahru untuk menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, memberitahu, dia dan suami membuat keputusan itu kerana tidak mahu anak mereka tertekan disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

"Tahun ini, Team Raya Kuala Lumpur untuk kami sekeluarga, memang sukar kerana sebelum ini kami tidak pernah terlepas menyambut raya di Johor Bahru. 

Perkongsian Intan di Instastory.

"Ia kerana Lunara masih terlalu kecil untuk hadapi situasi kesesakan lalu lintas yang teruk. 

"Kami tidak mahu biarkan dia alami tekanan disebabkan tempoh perjalanan yang panjang," katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Sabtu.

Kata Intan, biarpun tidak dapat pulang ke rumah nenek, fikirannya sentiasa bersama keluarga di kampung halaman. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berjauhan, Intan Najuwa bidas dituduh tak ’bonding’ dengan anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu isteri fokus jaga diri, suami Intan Najuwa sediakan tiga pengasuh urus anak

Malah perkara ini menjadi satu tamparan besar kerana ia adalah pertama kali Intan tidak dapat beraya bersama keluarga.

"Walaupun kami tidak dapat berada di rumah nenek kali ini, fikiran saya sentiasa bersama keluarga di Johor. 

"Buat ini bapa, mentua, dan adik-beradik saya, insya-Allah, saya dan suami dapat tempuh perkara ini bersama. 

"Ia adalah aya pertama kami tanpa keluarga besar kami, dan itu memberi satu pukulan hebat buat kami," ujarnya.

Ia kerana Lunara masih terlalu kecil untuk hadapi situasi kesesakan lalu lintas yang teruk. 

INTAN NAJUWA

PELAKON

Dalam pada itu, Intan berkata dia juga belum bersedia membawa anaknya menaiki kapal terbang kerana mempunyai tekanan udara.

Bagaimanapun hati pelakon itu sedikit terubat apabila keluarganya dan suami merancang menyambut raya bersama di Kuala Lumpur pada hari raya kedua nanti.

“Bagi mereka yang tertanya-tanya mengapa kami tidak menaiki kapal terbang, saya belum bersedia untuk membawa anak bersama dengan segala tekanan di dalam kapal terbang itu. 

“Sejujurnya, saya agak gementar untuk terbang, sebab itu kami tidak ke mana-mana buat masa ini. 

Intan beraya di Kuala Lumpur.

“Tapi semuanya baik, keluarga kami merancang untuk melawat di Kuala Lumpur tahun ini untuk raya kedua, mudah-mudahan!," jelasnya.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain