suria

Ain Edruce timang bayi lelaki, mengidam ‘Beef Wellington’ restoran Gordon Ramsay selepas bersalin

Ain bersalin awal secara pembedahan.

PENGACARA Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada Jumaat.

Bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan sekitar pukul 10 malam.

Menurut Ain atau Nurul Ain Edruce 34, dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan atas nasihat doktor.

Ain minta suami belikan daging untuk hidangan pertama selepas bersalin.

"Sepatutnya nak bersalin secara normal, tetapi kedudukan bayi di atas dan doktor terpaksa tidurkan saya untuk pembedahan. Saya pun sebenarnya tak tahu anak lahir pukul berapa.

"Nama anak pun belum ada usia kandungan sebenarnya baru 37 minggu," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi perasaan gembira Ain bagaimanapun memberitahu dia masih cuba membiasakan diri untuk menahan sakit selepas bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce hamil anak kedua, suami paling gembira selepas acara ‘gender reveal’

ARTIKEL BERKAITAN: Ain Edruce umum bakal timang anak lelaki, sempat usik suami dah lupa berapa tahun kahwin

Namun dalam satu perkongsian di Instagram dia sempat meminta suami untuk membeli hidangan daging istimewa daripada restoran terkenal milik Gordon Ramsay.

"Sekarang masih nak biasakan diri. Nak berjalan pun sakit. Saya juga tak dapat lama berjumpa bayi sebab masih cuba pulihkan diri.

"Untuk makanan pertama saya minta suami belikan daging Wellington. Dia berjaya belikan.

Sekarang masih nak biasakan diri. Nak berjalan pun sakit

AIN EDRUCE

PENGACARA

“Walaupun pinggan tak sama macam restoran itu, tapi rasanya terbaik," ujarnya.

Bercakap lanjut Ain memberitahu dia bakal menymbut Hari Raya Aidilfitri di sebuah pusat berpantang sebelum pulang ke rumah.

"Mestilah seronok raya tahun ini kerana kami sudah berempat. Baby tak mahu raya dalam perut. Cuma saya perlu pantang makan juadah hari raya.

Ain syukur sambut raya berempat.

"Orang yang sepatutnya jaga ketika berpantang sudah cuti raya, jadi saya duduk di pusat berpantang sebelah hospital ini buat sementara waktu sebelum pulang ke rumah," ujarnya.

Untuk rekod Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada 2019 dan mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Soraya yang kini berusia 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain