PERCAYA atau tidak, penyanyi Datuk Seri Rossa tidak pernah membeli pakaian untuk menyambut Aidilfitri sejak bergelar selebriti.
Sebaliknya kata Rossa, 46, setiap tahun ramai rakan-rakan pereka fesyen akan menghadiahkan pakaian secara percuma bukan sahaja untuk dia tetapi keluarganya.
"Lengkap semuanya, Alhamdulillah dapat jimat. Wang sepatutnya beli baju raya saya gunakan untuk beri kepada kanak-kanak yang bertandang ke rumah.
Rossa bersyukur kerana sering menerima hadiah baju raya setiap tahun.
"Sejak jadi artis rasanya belum pernah lagi saya beli baju raya," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Rossa memberitahu untuk tahun ini dia sudah mempunyai lapan ke sepuluh pasang baju baharu untuk digayakan nanti.
Bagi mengelak pembaziran, Rossa juga akan memberi sebahagian pakaian lama yang belum pernah dipakai kepada adik-beradiknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak rasa apa-apa pinggang dirangkul, anggap Jackson Wang macam adik sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kejutan dan kelainan, Rossa cerita perjalanan seni 28 tahun menerusi konsert solo ‘Here I Am’
"Saya juga pernah memberikan baju-baju saya kepada penyanyi-penyanyi baru. Jadi mereka boleh menggayakannya sewaktu membuat persembahan pentas.
"Saya berbesar hati dapat berkongsi apatah lagi kebanyakannya dipakai beberapa kali sahaja," ujarnya.
Berkongsi tentang sambutan Aidilfitri tahun ini, Rossa tidak dapat meluangkan masa terlalu lebih lama di kampungnya di Sumedang, Indonesia.
Rossa pulang ke Jakarta lebih awal untuk membuat persiapan konsertnya di Jakarta dan Kuala Lumpur.
Ini kerana dia perlu pulang semula ke Jakarta lebih awal bagi membuat persiapan menjelang konsert yang akan berlangsung di Indonesia dan Malaysia pada Mei depan.
"Persiapan raya saya ringkas sahaja, saya akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum raya.
"Saya tidak beraya lama tahun ini kerana perlu pulang semula ke Jakarta untuk membuat persiapan konsert yang bakal berlangsung pada Mei dan Jun depan," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!