BERSEMPENA 1 Syawal, pelakon Nadhir Nasar mengambil peluang berkongsi rezeki dengan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan peminat.
Nadir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, berkata, rumah terbuka itu diadakan di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.
"Rumah terbuka di Kuala Kangsar ini hanya untuk peminat yang menetap di sini sahaja, pada yang betul-betul tahu rumah saya di mana.
Nadhir sentiasa menghargai sokongan daripada peminat.
"Saya rasa sangat seronok dapat berkongsi rezeki sebab dalam setahun saya bekerja, ini adalah waktu saya memberi semula kepada masyarakat khususnya di kampung halaman saya," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nadhir memberitahu peminat yang datang disajikan dengan juadah masakan ibunya seperti bihun sup, mi kari dan makanan hari raya seperti lemang dan rendang.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mek Kelate’ pilihan Nadhir Nasar, ramai tiba-tiba mengaku orang Pantai Timur - “Assalamualaikum Abe”
ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar tertarik aura ‘Mek Kelate’, cari calon isteri asal Pantai Timur sebab suka makan budu
Kata Nadhir, ada juga peminat berdekatan dengan Kuala Kangsar seperti Ipoh dan Taiping yang datang ke rumahnya kali ini.
"Apa menariknya, kami sekeluarga masak sendiri dan bukannya menempah katering.
Saya rasa bulan Ramadan dan Syawal adalah waktu paling sesuai untuk memberi (bersedekah) balik kepada peminat.
NADHIR NASAR
PELAKON
"Bagi saya, dengan cara (masak sendiri) ini dapat mengeratkan lagi ukhwah bersama keluarga dan saudara-mara," ujarnya.
Melihatkan kunjungan ramai ke rumah terbuka anjurannya, aktor berkenaan meluahkan rasa terharu kerana menerima sokongan daripada orang kampungnya sendiri.
Nadhir menyiapkan sendiri juadah hari raya untuk peminat yang menghadiri rumah terbuka.
"Saya seronok bila orang kampung datang ke rumah kerana mereka lihat sendiri perkembangan diri saya dari budak-budak yang main mercun sehinggalah saya menjadi selebriti.
"Pakcik-pakcik yang datang rumah saya pun dah jadi atuk, ramai ucapkan tahniah kepada saya.
"Saya rasa sangat terharu dengan sokongan daripada orang-orang terdekat yang bukan sahaja mengenali diri ini tetapi kenal siapa ibu dan bapa saya," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!