TIADA sebab perlu bermusuhan, pelakon Emma Marmbong dan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar masih mengekalkan hubungan akrab walaupun sudah bercerai.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, dia dan Shazli menjaga hubungan baik demi dua anak-anak lelaki mereka yang sedang membesar.
Malah mereka tidak kekok keluar bersama sehingga ada menyangka mereka sudah kembali bersama sebagai suami isteri.
Emma tiada masalah dengan bekas suami.
"Kami tiada isu dalam hal besarkan anak, sampaikan di set penggambaran ada ingat kami sudah kembali bersama sebab masih rapat.
"Saya dengan bekas suami memang rapat dan hubungan antara kami sangat baik walaupun sudah bercerai.
"Kami tiada masalah sampai tak boleh nak berhubung malah beli barang keperluan raya anak-anak pun kami pergi bersama," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, kata Emma dia tidak menutup hati untuk kembali berkahwin dan menyerahkan soal jodoh pada Allah SWT sekiranya dipertemukan dengan lelaki sepadan.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah umum berita gembira bakal timang anak kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah rupanya hamil anak kembar, sedih terpaksa gugurkan satu janin
Malah kata Emma, dia juga tidak memandang status atau meletakkam sebarang kriteria dalam mencari calom suami sebaliknya terbuka berkenalan dengan mana-mana lelaki yang ikhlas mahu berkawan.
“Memang dari dulu saya tak pernah pandang status dan berkawan dengan sesiapa yang saya mahu.
“Saya tak mahu jadi orang yang palsu, saya nak jadi diri saya sendiri," jelasnya.
Emma pentingkan kasih sayang buat anak-anak.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan Shazli sudah bercerai secara baik.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!