PELAWAK Mamat menyifatkan perpisahan yang pernah terjadi di antaranya dengan rakan seperjuangan Shuib mempunyai hikmah tersembunyi.
Mamat atau Mohd Noor Murad, 40, berkata, dia tidak menyangka ikatan persahabatan tersebut kembali terjalin sehingga membawa mereka mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
“Terpisah hanya untuk sementara agar kita faham erti persahabatan.
Mamat (kanan) dan Shuib (kiri) sebelum ini menganggotai kumpulan Sepah.
“Tak terduga hadir beribadah bersama di sini dengan membawa sejuta kisah.
“Semoga teman-teman yang lain menjadi tetamu istimewa di sini satu hari nanti. Amin,” katanya.
Mamat berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Mamat dan Shuib buka cerita tak jadi pergi umrah, diperli rakan artis
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dan Mamat buka syarikat produksi Sepah Entertainment, lebih selesa jalankan perniagaan berdua
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, turut berdoa agar persahabatan yang terjalin antara mereka membawa hingga ke syurga.
“Cerita kita luar biasa, Allah tulis untuk kita faham apa itu erti persahabatan.
“Semoga kita bersahabat sampai syurga Mat (panggilan Mamat), Alhamdulillah,” ujarnya.
Mamat kini sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Untuk rekod, Mamat dan Shuib merupakan anggota kumpulan Sepah yang pernah menyertai program realiti termasuk Raja Lawak dan Maharaja Lawak.
Selain Mamat dan Shuib, Sepah turut dianggotai oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 40.
Pun begitu, ketiga-tiga mereka berpecah dan keluar dari kumpulan tersebut kerana membawa haluan masing-masing dalam bidang seni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!