BIARPUN sedang diduga melibatkan kes dadah, pelawak dan pelakon Along Cham tetap bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang pengacaraan.
Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, bagaimanapun memberitahu tawaran lakonan pula agak perlahan mungkin disebabkan permintaan untuk filem semakin berkurangan.
“Tawaran dari segi pengacaraan… Alhamdulillah masih ada yang percaya saya.
Along masih terima tawaran kerja dalam bidang pengacaraan.
“Kerja tetap saya kena teruskan, cuma bidang lakonan ni tanyalah mana-mana pelakon sekarang industri tak berapa sihat.
“Bukan saya sahaja tapi ramai sahaja pelakon lain turut terkesan, mungkin sekarang ramai yang lebih suka tengok filem di rumah berbanding di wayang,” katanya kepada mStar.
Along berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes dadahnya di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada Isnin.
Dalam pada itu, Along memberitahu pelanggan atau client yang pernah menggunakan perkhidmatannya sebelum ini masih memberikan kepercayaan meskipun dia terpalit beberapa kontroversi.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu syukur tahun ini dapat sambut raya bersama Along, gigih masak makanan kesukaan anak
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham tukar peguam, kes dadah sambung 24 April depan
Malah sehingga kini ramai rakan artis yang terus memberikan sokongan moral terhadapnya.
“Setakat ni yang menghakimi saya pun netizen, tapi dari sudut pelanggan-pelanggan saya sebelum ini mereka masih percaya pada bakat dan servis saya.
“Kawan-kawan artis juga ramai yang berikan sokongan moral, mereka tahu saya macam mana dan faham situasi sedang dilalui oleh saya.
“Cuma buat masa ini kena kuat tanggapan orang luar terhadap saya,” jelasnya.
Tawaran dari segi pengacaraan… Alhamdulillah masih ada yang percaya saya.
ALONG CHAM
PELAWAK DAN PELAKON
Pada pagi Isnin, kes dadah melibatkan Along ditunda ke tarikh 24 April depan selepas dokumen yang diserahkan pihak pendakwaan belum mencukupi.
Sebelum itu pada 28 Februari lalu, laporan kimia membabitkan kes dadah Along sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Along didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.
Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ibu penguat semangat Along.
Pelawak berkenaan turut berdepan dua lagi kes iaitu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Along juga didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis 11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9carboxylic acid di lokasi sama, pada pukul 10 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 yang boleh dibaca bersama 38B akta sama, membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang dua tahun serta tidak lebih tiga tahun.
Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!