ENGGAN lagi dibayangi watak-watak romantik, pelakon Fendy Bakry kini lebih memilih dalam menerima tawaran berlakon.
Bukan sekadar itu, bagi Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri, 37, dia juga mahu mencabar diri sebagai pelakon selepas lebih 10 terlibat dalam dunia seni.
Pernah mencipta fenomene menerusi drama Mr. Grey sekitar tahun 2018, Fendy kini berharap dia diberi kepercayaan menggalas watak berbeza.
Fendy memilih dalam menerima tawaran berlakon.
"Kalau boleh nak elak watak romantik. Sekarang ini orang masih panggil Mr. Grey. Kalau boleh hendak lari daripada perkara itu.
"Sudah lebih 10 tahun dalam dunia seni, saya tak mahu asyik cerita romantik sahaja.
"Saya nak cabar diri dan melihat sejauh mana kemampuan berlakon," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak kahwin tak dengan aku” - Cara ‘selamba’ Fendy Bakry lamar wanita, buat persiapan nikah dalam masa 2 bulan
ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun dapat tawaran buat konsert tapi Fauziah Latiff belum sedia
Tambah pelakon ini juga dia tidak memilih untuk hanya menerima watak utama dalam sesebuah drama.
Disebabkan terikat dengan komitmen perniaagaan, Fendy harus bijak membahagikan masa untuk ke lokasi penggambaran.
"Sekarang ini saya lebih suka ambil watak antagonis dan tidak kisah jika bukan sebagai pelakon utama. Lebih suka jadi watak pembantu.
Lebih suka jadi watak pembantu
FENDY BAKRY
PELAKON
"Saya enggan susahkan produksi kerana bimbang tidak dapat beri komitmen penuh. Apabila ada pernigaan lain saya melihat jadual yang terlebih dahulu jika menerima tawaran," jelasnya.
Dalam masa sama, pelakon ini juga tidak mahu terlalu mengikut trend semasa media sosial untuk mempromosi diri meskipun sedar akan impaknya.
"Ada yang mahu kekal relevan mereka akan buat content supaya orang ingat. Tetapi saya bukan ke arah itu sebab ada pernigaan sendiri. Tak sempat nak buat," jelasnya.
Barisan pelakon Srikandi.
Dalam perkembangan lain, Fendy bakal muncul dalam drama Srikandi terbitan Unit Drama TV RTM arahan Wan Afzam yang bakal ditayangkan pada 31 Ogos depan.
Selain Fendy pelakon lain yang turut terlibat adalah Farali Khan, Amalina Arham, Fauziah Latiff, Luqman Hafidz, Datuk Fauziah Nawi dan Mubarak Majid.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!