HADIR menemani suami, kemunculan isteri pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan mencuri tumpuan ramai.
Mengenakan jubah hitam lengkap berniqab, ramai memuji penampilan Tya ketika hadir ke tayangan perdana filem Blood Brother: Bara Jiwa pada Isnin lalu.
Malah tidak kurang meluahkan rasa kagum dengan perubahan Tya selepas wanita itu memilih mengubah penampilannya dengan memakai niqab sejak Februari tahun lalu
Peminat turut memuji Shukri yang memuat naik gambar isterinya di Instagram dengan meletakkan sticker bagi menutup mata Tya.
Netizen memuji Shukri pandai mendidik isteri.
Pun begitu, ramai tetap memuji seri wajah Tya sebagai wanita muslimah sejati.
"Kagum betul dengan penghijrahan Tya. Bertutup litup masih nampak cantik dan auranya. Semoga pasangan ini kekal bahagia.
"Walau bertutup litup, semuanya hitam, mata pun tertutup tapi bila tengok nampak cantik. Tak tahu nak jelaskan bagaimana.
"Luar biasa. Tak semua suami hebat didik isteri jadi solehah bidadari syurga," komen peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi babak pegang tangan wanita, Shukri Yahaya jaga hati isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Tya Adnan tampil imej berniqab, Shukri Yahaya sokong isteri menjaga aurat
Shukri berkongsi gambar mereka bersama di Instagram miliknya ketika menghadiri acara berkenaan yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.
Selain isteri, Shukri juga ditemani oleh ibunya.
"Satu yang lahirkan aku dan satu yang lengkapkan aku. Terima kasih Mak dan isteri," tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sebelum ini Shukri pernah pernah berkongsi tentang perubahan isterinya itu selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah tahun lalu.
Shukri memuat naik gambar Tya (kanan) di Instagram miliknya.
Tentang filem Blood Brother: Bara Jiwa, Shukri memegang watak sebagai Fadlan yang mempunyai kisah tersendiri.
Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.
Selain Shukri, pelakon lain yang turut terlibat adalah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham.
Ia mula ditayangkan pada 10 April.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!