suria

Syafiq Kyle tak letak syarat, Mimi Lana sedar perlu jaga batas selepas berkahwin

Tiada syarat dibuat Syqfiq buat Mimi untuk terus berlakon.

TIADA sebarang syarat ditetapkan pelakon Syafiq Kyle terhadap isterinya berhubung batasan dalam bidang lakonan selepas mereka sah bergelar suami-isteri dua bulan lalu.

Mimi Lana, 30, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia sedar perlu menjaga batas tidak hanya ketika berlakon tetapi pergaulan ketika berada di set penggambaran.

Bagi Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, perkara itu tidak perlu diingatkan kerana sebagai seorang individu dia boleh berfikir sendiri mengenainya.

Mimi ketika ditemui pada majlis tayangan drama First Wives.

"Tiada syarat sebab sebelum ini saya dan Syafiq pun sudah lama kenal, sebagai manusia benda itu saya boleh fikir sendiri tanpa perlu sesiapa ingatkan.

"Kami pun memang ada berbincang tentang perkara itu sebelum berkahwin lagi, jadi tiada masalah," katanya kepada mStar.

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.

Bercerita mengenai kehidupan selepas bergelar isteri, Mimi memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah membahagikan masa di antara karier dan peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Syafiq Kyle santuni bapanya sentuh hati, peminat yakin mampu bahagiakan Mimi Lana

Malah kata Mimi, ketika ini dia banyak menghabiskan masa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri memandangkan masih belum memasuki set penggambaran.

"Alhamdulillah semua rezeki daripada Allah tapi fasal bahagikan masa setakat ini tiada masalah. Kami pun baru berkahwin dua bulan.

"Sekarang saya masih belum masuk set penggambaran tapi doakan saya agar semua urusan kami dipermudah," jelasnya.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq, 33, mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.

Mimi sudah dua bulan bergelar isteri Syafiq.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat mereka.

Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives.

Selain Mimi, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, Zeera Azizi dan Andy Teh.

First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain