TIADA angin tiada ribut, pelakon Siti Hariesa dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Mengakui sudah lama menyimpan hasrat itu, Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 27, bagaimanapun masih belum menemui waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
"Sekarang pun umur saya sudah berapa sudah tentulah saya nak kahwin, tinggal tunggu rezeki saja nanti.
Hariesa belum bersedia teman lelaki.
"Saya belum tahu lagi bila dan belum merancang apa-apa. Insya-Allah saya akan kahwin dan kongsikan khabar itu nanti," katanya kepada mStar.
Hariesa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi lebih lanjut, Hariesa memberitahu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mendirikan rumah tangga memandangkan dirinya merupakan seorang pelakon.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hariesa lebih berhati-hati pilih watak, enggan lagi terpalit kontroversi... “Saya tidak mahu orang cakap buruk”
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak panas... Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan
Dia dan pasangan bagaimanapun masih belum ada perbincangan lanjut pada ketika ini.
"Kerana saya seorang pelakon banyak perkara yang sedang mendatang dan saya perlu melihat dulu macam mana.
"Bertunang dengan pasangan pun belum, siapa pasangan saya pun belum boleh beritahu tahu," luahnya.
Dalam pada itu, Hariesa menyedari khabar angin tersebut sedikit sebanyak mengganggu kehidupannya kerana selama ini dia kurang terkait gosip percintaan.
Hariesa tak sorok status diri.
Namun dia berjanji tidak akan merahsiakan khabar gembira itu.
"Saya memang nak orang kenal saya sebagai seorang pelakon dan fokus kepada bakat saya jadi lebih baik ada rahsia sikit dengan hal peribadi.
"Tapi bab kahwin ini mestilah saya nak beritahu semua orang yang saya sedang dilamun cinta," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!