suria

Cekap memasak dan kemas rumah, tindakan Azhar Sulaiman hantar Leona belajar di UK tepat

Leona dilihat lebih berdikari sepanjang hidup sendiri di luar negara.

PERUBAHAN sikap pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona dalam menguruskan kehidupannya sendiri menerima pelbagai respons positif daripada netizen.

Malah pengikut setia Leona, 23, di media sosial melihat perubahan ketaranya yang semakin matang sejak menyambung pengajian di Universiti of Bath, United Kingdom tiga tahun lalu.

Menerusi beberapa perkongsian video di TikTok miliknya, ramai kagum dengan kebolehannya memasak pelbagai juadah sehinggakan rakan-rakannya memuji keenakan juadah disediakan.

Leona berkongsi aktiviti mengemas kediamannya di United Kingdom.

Leona berkongsi aktiviti mengemas kediamannya di United Kingdom. 

Tidak hanya cekap di dapur, Leona juga dilihat semakin cekap melakukan kerja-kerja rumah dan ramai merasakan tindakan bapanya iaitu aktor Azhar Sulaiman menghantarnya belajar di luar negara adalah tepat.

Kata netizen, sejak berjauhan dengan keluarga, Leona kini sudah pandai hidup berdikari dan menguruskan kehidupan sendiri. 

“Awak buat keputusan yang sangat tepat untuk belajar di luar negara. Daripada tak pandai goreng telur sampai boleh buat semua benda sendiri. Syabas.

“Bagusnya. Anak siapa ini? Cantik, bijak, pandai memasak, rajin mengemas, rajin solat, rajin mengaji. Memang mahal hantaran macam ini,” tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja, harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona bangga berjaya goreng telur, mengaku tonton video tutorial sebelum masuk dapur… Netizen kata ‘bagus belajar berdikari’

Menerusi perkongsian tersebut, Leona dilihat sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah termasuk memvakum, mencuci tandas dan membersihkan ruang bilik tidur serta dapur.

Sedar perubahannya itu menjadi perhatian, Leona memberitahu dia sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan semua kerja tersebut sendiri.

“Ramai orang selalu komen cakap wow rajin sangat, adakah saya mempunyai pilihan lain? 

“Kalau saya tidak bersihkan rumah sendiri, siapa yang akan buat? Saya tidak boleh kotor-kotor,” katanya.

Leona sebelum ini melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

Leona sebelum ini melanjutkan pelajaran di United Kingdom. 

Pada September 2022, Leona dan pasangan kembarnya iaitu Andika Rees menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom. 

Menerusi temu bual bersama mStar, Azhar memberitahu dia tidak begitu sedih melepaskan anak-anak belajar di luar negara kerana sudah biasa melancong ke luar negara. 

Kata Azhar, dia meletakkan harapan agar anak gadisnya itu mengambil peluang untuk berubah menjadi individu lebih baik sepanjang hidup berjauhan dengan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain