CUBAAN penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu menjodohkan pelawak Zizan Razak dengan pengawal peribadinya mencuri tumpuan di media sosial.
Kata Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, pengawal peribadinya yang dikenali sebagai Mimi itu sangat sesuai buat Zizan memandangkan wanita itu turut berasal dari Terengganu.
"Jodoh dengan Mimi, pengawal peribadi saya.
Siti cuba jodohkan Zizan dengan pengawal peribadinya.
"Orang Terengganu juga, senang tak perlu gaduh nak balik kampung.
"Mimi semua benda boleh buat, nanti saya kenalkan. Kalau Zizan kahwin dengan Mimi sama-samalah jadi pengawal peribadi saya," katanya kepada Zizan.
Siti berseloroh tentang perkara itu bersama Zizan menerusi siaran langsung yang dibuat di TikTok miliknya pada malam Selasa.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan Siti yang mahu menjodohkan Zizan dengan pengawal peribadinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak jumpa Emma Maembong, Zizan Razak kelakar peminat jodohkan semula
ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kini lebih tenang bercakap soal jodoh, takut kisah cinta lama berulang... “Niat nak kahwin itu ada”
Malah ada yang meminta Siti untuk jadi pencari jodoh buat mereka yang masih belum temui pasangan.
"Setuju sahaja Zizan, nanti boleh jumpa Siti hari-hari.
"Kalau Zizan kahwin dengan Mimi nanti Mimi yang jaga Zizan.
"Siti boleh jadi broker untuk carikan jodoh buat kami yang belum ada pasangan ni," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!