suria

“Girl… Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang?” - Belum lepas pantang, rumah tangga Elvina diuji

Elvina dan suami baharu sahaja dikurniakan cahaya mata pertama 1 Disember lalu.

PELAKON Datin Elvina Mohamad yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 1 Disember lalu mendedahkan ada pihak ketiga cuba menganggu keharmonian rumah tangganya dengan Datuk Mohd Haniff Borhan.

Elvina turut mempersoalkan wanita itu yang menggangu suaminya selain dia memuat naik gambar individu itu di Instastory.

ARTIKEL BERKAITAN: Elvina dedah ada rakan busuk hati, minta tinggalkan suami

"Girl. Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang? Memang taste lelaki orang ke macam mana?," tulisnya.

Elvina mendedahkan identiti wanita yang dipercayai menggangu rumah tangganya.

Menerusi hantaran status berbeza, Elvina secara sinikal turut memerli wanita itu yang disifatkan memang suka menjadi orang ketiga apabila bergambar dengan mural di dinding yang memperlihatkan pasangan kekasih membonceng basikal.

"Oh faham. Memang suka jadi orang ketiga," katanya.

Elvina atau Norazlina Mohamad, 23, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu.

Elvina Mohamad

Artikel Lain