suria

Gua tau, gua 'bad record' - Tauke kesal dipersalahkan isu keretakan rumah tangga

Tauke memberitahu dia akan menyelesaikan krisis rumah tangganya dengan isteri.

PELAWAK Tauke meminta pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dengan isteri, Nadia Mohd Affan yang sedang bergolak ketika ini.

Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 42, berkata, dia sedar dirinya bukan seorang lelaki yang baik namun adalah tidak adil untuk sewenang-wenangnya meletakkan semua kesalahan ke dirinya.

"Gua tau, gua 'bad recrod'... Berlaku perkara macam ini semua akan tunding gua tapi maaf hal rumah tangga gua, biarlah gua selesaikan.

"Membela tak salah tapi biar pada tempatnya... Salah atau betul bukan hak kita mencaci, hina... Yang caci hina tulah lebih hina akhlaknya," katanya di Instagram.

Pada Sabtu lalu, Nadia menerusi laporan sebuah portal mengesahkan dia dan Tauke sudah berpisah baru-baru ini.

Status Tauke di Instagram miliknya.

Dakwanya, Tauke melafazkan cerai menerusi kiriman rakaman suara di WhatsApp selain mendedahkan keretakan rumah tangga mereka disebabkan kehadiran orang ketiga.

Pasangan ini berkahwin pada 9 Disember 2017 dan baharu sahaja dikurniakan bayi perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia tidak kisah menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu rumah tangganya namun berharap mereke berhenti daripada melakukan dosa.

"Berhentilah daripada buat dosa, sedangkan kaum lelaki tak pernah mencaci wanita yang bergelar pelacur sekalipun... Bila lelaki buat kena hentam macam gua bunuh kucing Persian lu yang lu sayang.

"Nak kecam silakan sebab kita manusia sama... Beza dekat akhirat kelak kita tau kita akan kekal di mana... Akhir kalam gua tak batak jadi artis. Salam," tulisnya lagi.

Sementara itu, usaha mStar Online bagi mendapatkan komen Tauke sendiri berhubung dakwaan isterinya itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berbalas.

Tauke, Nadia Mohd Affan

Artikel Lain