suria

“Nak tembak saya, tembak sampai mati” - Altimet terima ugutan

Altimet membalas komen berbaur ugutan daripada netizen yang ingin menembak dirinya.

PENYANYI rap Altimet mendedahkan menerima ugutan daripada pengikutnya di Instagram yang ingin menembak dirinya sekiranya dia tidak menutup mulut.

Altimet bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan itu malah mencabar individu itu berbuat demikian sekiranya takdir Tuhan sudah tertulis dia mati kerana ditembak.

"Kalau Tuhan kata aku mati kena tembak, aku tutup mulut ke, aku lari sampai bulan ke, kena tembak juga.

"Nak tembak saya, betul-betul jalankan perintah Tuhan, tembak sampai mati, kalau tak mati tu yang susah tu. Ye tak? Peace and love," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Semalam hari terakhir Altimet sebagai penyanyi rap, peminat cadang dia jual karipap


Altimet menerima komen berbaur ugutan daripada netizen.

Altimet berkata demikian ketika membalas komen individu menggunakan akaun menggunakan nama  @jebat_garang yang meninggalkan komen ugutan di foto ketika dia berada di Johor Bharu baru-baru ini.

"Ini JB bro... Jaga-jaga bro... Tutup mulut kalau tak nak kena tembak bro," tulis individu tersebut menerusi ruang komen di Instagram Altimet pada Ahad.

Bagaimanapun, individu itu membalas semula komen mengatakan ia sekadar lagu dan mempersoalkan mengapa penyanyi lagu Bunga itu mengambil perkara tersebut secara serius.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengatakan bahawa individu itu hanya menggunakan akaun palsu.

Altimet

Artikel Lain