suria

Suhaimi Saad dedah digugurkan daripada konsert '4nomena' kerana kontroversi

Suhaimi percaya ada hikmah.

PENYANYI nasyid kontroversi Suhaimi Saad mendedahkan namanya digugurkan daripada konsert 4nomena yang bakal berlangsung pada 20 April depan.

Suhaimi menerusi Facebooknya berkata, penganjur membuat keputusan itu disebabkan beberapa kontroversi yang ditimbulkan kebelakangan ini.

"Disebabkan kontroversi kontroversi yang melanda saya kebelakangan ini, Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan saya daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan," ujarnya.

Konsert itu dibarisi kumpulan Unic, Inteam, Hijaz, Mastica, Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzil Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin doktor maksudkan telur penyu” - Suhaimi Saad bidas angkasawan negara

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu buang ubat, kini tak hantar anak ke sekolah, Suhaimi Saad kata, "Pergi sekolah, tak semestinya pandai"

Sementara itu, Suhaimi percaya perkara tersebut mempunyai hikmah dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dia juga berharap konsert itu bakal berlangsung dengan baik biarpun tanpa kehadirannya.

"Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya.

"Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan sabar dan reda adalah kemenangan sebenar. HasbiyAllah," tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi mencetuskan beberapa kontroversi iaitu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin, dan percaya bumi berbentuk rata.

Pendapat suami kepada Ina Naim itu mendapat perhatian dan reaksi beberapa pakar perubatan dan angkasawan negara.

Suhaimi Saad

Artikel Lain