suria

Kerana ayat ini: “Kenapalah konti kita bukan dekat Johor? Kalau tak mesti dah cuti…” Hot FM minta maaf

Penyampai Hot FM iaitu Syuk (dari kiri), Shuib dan Fizie.

STESEN radio Hot FM membuat permohonan maaf terhadap kata-kata dan penyampaian juruhebahnya ketika segmen Geng Pagi Hot pada Khamis yang telah menyentuh sensitiviti orang ramai berkaitan musibah pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Menerusi kenyaataan di Twitter, pihak Hot FM berjanji untuk memperbaiki penyampaian dan berterima kasih terhadap teguran pendengar yang prihatin.

"Merujuk kepada pengisian Geng Pagi Hot pagi ini, kami memohon maaf sekiranya ia menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang ramai.

"Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar.

Dari kiri; Fizie, Shuib dan Shuk. FOTO: Instagram Shuib.

"Teguran dan sokongan anda sangat kami hargai," ujar kenyataan itu.

Segmen yang dikendalikan Shuk, Shuib (Sepahtu) dan Fizie menerima kritikan ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Perkara itu mengakibatkan sebanyak 111 buah sekolah diarah tutup serta merta.

Semasa temubual itu, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara tersebut berbunyi 'kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti'.

Dalam kenyataan maaf itu, pihak Hot FM turut mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah.

Hot FM

Artikel Lain