suria

“Bukan Awi… tapi saya batalkan demi kebaikan anak saya” - Bapa Atikah

Atikah anggap tiada jodoh antaranya dan Awi Rafael.

ENGGAN mahu sesetengah pihak menuding jari kepada anaknya, bapa kepada pelakon Atikah Suhaime iaitu Suhaime Jamali tampil menjelaskan pembatalan majlis perkahwinan anaknya pada Ahad ini adalah keputusan daripada keluarga mereka.

Suhaime kepada mStar Online, berkata, dia membuat keputusan itu demi kebaikan dan masa depan anaknya.

"Saya bapa Atikah nak perbetulkan majlis (kahwin) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan.

"(Sebenarnya) Awi dan keluarganya tak dapat terima bila saya batalkan majlis, saya buat apa yang sepatutnya saya lakukan ia demi kebaikan masa depan anak saya," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Beri saya ruang”- Atikah Suhaime akur keputusan keluarganya mahu perkahwinan dibatalkan


Atikah bersama ibu bapa dan ahli keluarganya.

Pada awal pagi Khamis, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Awi Rafael bahawa dia membatalkan perkahwinannya dengan Atikah Suhaime secara tiba-tiba yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini.

Awie berkata, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan mahu membawa pelakon itu ke jalan Allah.

Dalam pada itu, Atikah menerusi kenyataan kepada mStar Online berkata, dia menerima takdir dan menganggap sebagai tiada jodoh antara mereka.

Atikah memberitahu dia menghormati keputusan yang dibuat atas permintaan keluarganya.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di kediaman wanita itu di Singapura.

Sementara itu Atikah dalam status terbaharu di Instagram miliknya berkata, dia dan Awi telah bekerja keras untuk hubungan mereka namun mereka mungkin tidak cukup berjuang untuk hubungan itu.

“Awi dan saya telah bekerja keras, atau mungkin saya tidak cukup berjuang untuk cinta kita. Saya berterima kasih kepada Awi kerana menjaga saya semasa saya menjadi tunangnya.

“Saya harap kami akan kekal sebagai teman rapat seperti yang pernah dilalui selama ini. Saya berterima kasih kepada keluarganya kerana selalu berada bersama untuk saya.

“Dan juga keluarga saya yang merupakan penyokong kuat saya selama ini. Bagi mereka yang telah bekerja keras agar majlis perkahwinan kami berjalan lancar, ucapan terima kasih belum cukup.

“Tapi tak ada rezeki. Mungkin Tuhan mempunyai perancangan berbeza untuk kita. Saya sukar menerimanya. Tetapi inilah yang berlaku,” katanya.

Atikah Suhaime, Awi Rafael

Artikel Lain