suria

“Jangan rancang nikah pada tarikh hari jadi”- Atikah tayang kek dan baju pengantin

Atikah tayang baju dan kek yang sepatutnya digayakan pada majlis perkahwinannya.

PELAKON Atikah Suhaime mengundang sebak netizen apabila dia memuat naik beberapa helai baju pengantin untuk majlis persandingannya yang sepatutnya berlangsung Ahad ini.

Selain itu, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 28, yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mac iaitu Jumaat (hari ini) berkongsi kek yang ditempah khas.

Dia dan Awi Rafael sepatutnya melalui proses akad nikah pada Jumaat sempena tarikh istimewa itu sebelum resepsi perkahwinan dirancang dua hari kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad

ARTIKEL BERKAITAN: “Beri saya ruang”- Atikah Suhaime akur keputusan keluarganya mahu perkahwinan dibatalkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Awi… tapi saya batalkan demi kebaikan anak saya” - Bapa Atikah

"@salwahomecake sepatutnya buat kek empat tingkat sebagai kek untuk majlis saya bersama menara macaroon dan kek cawan. Tapi ini adalah kek hari lahir tercantik yang saya pernah terima.

"Pengajarannya, jangan buat keputusan rancang majlis perkahwinan sama dengan raikan hari jadi. Kamu akan menderita setiap kali hari jadi anda datang jika perkara ini berlaku,” ujarnya di Instagram.

Pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung iaitu pada Ahad ini.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di kediaman wanita itu di Singapura.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu turut memuat naik tiga helai baju pengantin yang sepatutnya digayakan pada majlis berkenaan.

Tiga helai baju pengantin itu ialah gaun berwarna putih, baju songket perak dan baju kebaya Indonesia untuk majlis akad nikah.

"Pada akhirnya, ia bukan tentang baju yang cantik dan solekan atau dekorasi lagi. Muzik dalam kehidupan saya yang sudah pergi," ujarnya.

Atikah Suhaime, Awi Rafael

Artikel Lain