PELAKON dan pengacara Neelofa menyifatkan tuduhan kononnya dia mempunyai kaitan terhadap keretakan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebagai tidak masuk akal. Enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangga kakaknya itu, Neelofa sebaliknya meminta masyarakat mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Dosa silam kita tak nampak... Sabar, belum masa awak diuji” - Luahan Sharnaaz ARTIKEL BERKAITAN: Netizen penuhi komen di Instagram Sharnaaz mendoakan rumah tangganya pulih “Tidak masuk akal! Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. “Saya harap masyarakat boleh mendoakan yang terbaik dalam apa juga situasi yang mereka sedang hadapi ketika ini,” katanya. Sharnaaz dan Noor Nabila. Masihkah ada cinta di antara mereka? Foto: Instagram Sharnaaz. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 30, ditemui pada sidang media pengumuman senarai pencalonan top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang diadakan pada Selasa. Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu diminta mengulas komen netizen di laman sosial yang menyalahkan dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga Nabila, 35 dan Sharnaaz. Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan rumah tangga pasangan itu sedang bergolak apabila Sharnaaz memuat naik luahan hati di Instagram yang seolah-olah menggambarkan situasi perkahwinannya dengan Nabila. Malah kedua-dua mereka sudah tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing serta kali terakhir memuat naik gambar bersama Disember tahun lalu. Sharnaaz, 34, dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia lapan bulan.