SELEPAS beberapa bulan mendiamkan diri mengenai status sebenar perkahwinannya dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak akhirnya mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat. "Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami. Kenyataan Rashidi di Instagram miliknya. "Dan secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman," katanya menerusi Instagram. Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Mariyam Rashika, 15. ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran enggan layan khabar angin sudah bercerai Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran. Sebelum ini, mStar Online pernah mendapatkan reaksi berhubung dakwaan mereka sudah bercerai namun aktres itu enggan memberi komen terhadap khabar angin itu. Mengulas mengenai perceraian itu, Rashidi mengakui kelemahannya dalam memimpin rumah tangga menjadi penyebab perpisahan itu. "Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kempimpinan yang lemah dan tidak cekap. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000. "Dalam perkahwinan, kesalahan terhadap keruntuhan pasangan itu adalah terletak pada Imam. Mungkin benar atau tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar tidak kira pada masa baik atau buruk. "Saya tidak, apatah lagi seorang Imam yang baik," katanya. Dalam pada itu, Rashidi turut berterima kasih atas sokongan ditunjukkan kepada mereka terutamanya kepada Vanidah.