suria

“Ketika penggambaran itu mereka dah cerai” - Fify Azmi anggap Rashidi macam abang

Fify jelaskan hubungannya dengan Rashidi seperti abang dan adik.

WANITA yang dikaitkan dengan Rashidi Ishak iaitu Fify Azmi menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon berkenaan.

Fify, 29,  berkata, dia sendiri terkejut selepas dituduh menjadi punca perceraian Rashidi dengan isterinya, Vanidah Imran.

"Saya tiada kena mengana dalam hal rumah tangga abang Rashidi. Ketika saya dan abang Shidi menjalani penggambaran klip video, mereka sudah pun bercerai.

"Saya sendiri terkejut dan sedih bila dapat tahu tentang perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan Imam yang baik” - Rashidi Ishak mengaku sudah bercerai dengan Vanidah Imran

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

Fify bukan punca hubungan Rashidi dan Vanidah berakhir.

Rashidi pada Rabu lalu mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Nama finalis Dewi Remaja 2014/2015 Fify Azmi mula menjadi perhatian apabila dikaitkan sebagai punca hubungan rumah tangga pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah berakhir.

Ia berpunca beberapa video romantik produk minyak wangi yang dimuat naik di laman sosial Rashidi.

Bagaimanapun, Fify berkata, dia berharap orang ramai tidak salah faham hubungannya dengan pelakon berkenaan.

"Saya harap orang tak salah faham dan kita doakan yang terbaik untuk abang Rashidi dengan kak Vanidah.

"Lagi satu saya dengan abang Rashidi sudah lama kenal dan hubungan kami sudah macam abang dan adik," ujarnya.

Artikel Lain