suria

Astro belum ada jawapan jadi punca sengketa Fazura dan Hans Isaac

Tindakan produksi Astro menukar rancangan saat akhir menyebabkan sengketa diantara Fazura dan Hans Isaac.

STESEN penyiar rasmi Anugerah Festival Filem (FFM30),  Astro memberitahu pihaknya kini sedang dalam perbincangan berkaitan kontroversi antara pelakon Nur Fazura dan Datuk Hans Isaac berhubung festival yang berlangsung malam Sabtu lalu.

Ketua Bahagian Kandungan Astro, Namanzee Harris berkata, pihak produksi sudah membuat perancangan rapi serta mengambil kira sebarang kemungkinan termasuk kehadiran pelakon Fattah Amin bersama Fazura di pentas sebagai elemen kejutan. 

"Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang tercetus antara Nur Fazura dan Hans Isaac tentang isu yang mendakwa aktres itu meletakkan syarat untuk tampil dengan suaminya Fattah Amin di pentas FFM30 baru-baru ini.

"Selaku stesen penyiar rasmi Anugerah FFM30, perancangan rapi yang mengambil kira segala kebarangkalian telah pun dilakukan demi memastikan kelangsungan program ini kerana pihak kami mahu bekerjasama dengan semua yang terlibat tanpa ada sebarang prejudis," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura tak pengaruhi produksi bawa Fattah di pentas FFM30, terkilan dengan Hans Isaac

ARTIKEL BERKAITAN: “Mesej itu sepatutnya antara saya dan Fazura” - Hans Isaac sedia minta maaf kalau betul-betul salah


Fazura menjelaskan kemunculan Fattah adalah atas arahan produksi.

Terdahulu, pada Isnin Fazura meluahkan rasa terkilan dengan sikap Hans Isaac yang mendakwa dia meletakkan syarat kepada produksi untuk membawa suaminya naik ke pentas FFM30. 

Fazura dalam satu kenyataan daripada pihak pengurusannya menegaskan dia tidak pernah memberi kata dua kepada pihak produksi, sebaliknya ia adalah elemen kejutan daripada pihak Astro.

Pelakon itu turut menuntut Hans membuat permohonan maaf atas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Sebagai kenyataan balas, penerbit itu menjelaskan dia bersedia membuat permohonan maaf sekiranya benar-benar bersalah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilaporkan menuntut pihak Astro tampil memberi surat tunjuk sebab kerana elemen kejutan yang dilakukan Astro tidak dibincangkan dengan agensi itu.

Kata Ahmad Idham stesen itu sepatutnya menghormati penganjur dengan memaklumkan mereka terlebih dahulu kerana kos produksi dibiayai Finas.

FFM30, Ahmad Idham

Artikel Lain