suria

Pak Ya fail permohonan rayuan agar hukuman Lan Pet Pet ditingkatkan

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 6 April lalu.

PENGAWAL keselamatan, Yahya Manap, 68, yang dicederakan pelawak Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, telah menghantar permohonan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk merayu agar hukuman yang diterima pelakon itu ditingkatkan.

Peguam yang mewakili Yahya atau dikenali sebagai Pak Ya, Ahmad Ishrakh Saad memberitahu Bernama pada Khamis bahawa permohonan itu telah dikemukakan pihaknya kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 petang, Rabu.

Katanya permohonan itu dibuat selepas anak guamnya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret di Seremban yang mengenakan denda RM2,000 terhadap Mazlan, 49, Isnin lepas.

“Anak guam saya mengalami kecederaan yang agak teruk dan amat terkilan dengan keputusan berkenaan. Kami berasa amat terkilan dengan hukuman yang dikenakan ke atas OKT tersebut memandangkan ianya adalah terlalu ringan dan tidak setimpal dengan faktor pemberatan yang wujud dalam kes ini.

“Kami memohon Timbalan Pendakwa Raya dan Custodian of Public Interest mempertimbangkan untuk memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman tersebut ke Mahkamah Tinggi Seremban supaya hukuman dapat ditambah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet dapat habuan, didenda RM2,000 belasah ‘pak guard’

ARTIKEL BERKAITAN: Semalaman dalam lokap, pelawak pukul pengawal bebas dengan ikat jamin


Pak Ya (kiri) menjadi mangsa Lan Pet Pet menerusi satu video yang tular di laman sosial.

Pada 15 April lepas, Mazlan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Nilai.

Majistret Mayon Yusof mengenakan denda berkenaan selepas pelakon itu mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 6 April lepas.

Dia didakwa memukul dan menumbuk Yahya kira-kira pukul 8 malam, di Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqh Mahroob.-BERNAMA

Lan Pet Pet, Yahya Manap

Artikel Lain