suria

“Kalau minta anak ketiga pun apa salahnya, saya yang jaga anak itu” - Hairul Azreen pelik gurauan jadi isu

Hairul Azreen akui rindu dan berjauhan dnegan isteri kerana menjalani penggambaran.

PELAKON Hairul Azreen beranggapan tindakannya memuat naik video meminta anak ketiga kepada isterinya adalah sekadar gurauan yang tidak keterlaluan.

Suami kepada Hanis Zalikha itu berkata, dia hanya ingin menggembirakan pelakon tersebut kerana berasa rindu setelah berjauhan disebabkan menjalani penggambaran sebuah filem.

"Itu memang perangai saya, memang bergurau pun. Saya niat nak gembirakan isteri saya. Sebab saya rasa kita macam jauh, rindu kan.

"Mungkin saya tak dapat gembirakan semua orang, saya rasa macam tak ada masalah pun," katanya kepada mStar.

Hairul ditemui pada majlis pengumuman Hanis Zalikha sebagai duta jenama kedai barangan bayi Happikido di Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen ajak Hanis "buat anak" lagi, netizen panas hati.

Bapa kepada Yusuf Iskandar itu berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berhubung video yang dimuat naik di Twitter dan Instagram miliknya pada Khamis lalu.

Jelas bintang Paskal tersebut, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah selepas video berkenaan dimuat naik kerana semua orang yang mengenalinya tahu cara pelakon itu bergurau.

"Kami tiada masalah pun. Saya rasa semua orang tahu cara saya bergurau. Benda ni jadi isu pun saya tak faham.

"Kalau saya minta anak ketiga pun, saya akan jaga anak tu juga sebab saya tiada orang gaji," ujarnya.

Tambah Hairul Azreen, dia boleh mendengar kata-kata netizen sekiranya mereka memberikan wang kepadanya.

"Yang penting saya cari duit untuk keluarga saya.

"Kalau mereka bagi duit kepada saya, saya okay. Saya boleh dengar cakap mereka," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem aksi berjudul Wira.


Hanis anggap ia sekadar gurauan Hairul.

Sementara itu, Haniz Zalikha ketika diminta memberikan reaksi tentang video tersebut berkata, dia melihatnya sebagai gurauan ringan daripada suaminya dan tidak sensitif.

"Saya rasa biasa je, tak tahu pula ada reaksi lain sebab kalau lihat di Instagram Hairul pun semua komen kelakar-kelakar je.

"Bila ada reaksi lain, saya hanya menerimanya. Ada orang rasa kelakar, ada rasa tak kelakar. Saya tidak rasa ia sensitif kerana saya kenal dia macam mana," katanya.

Bagi Hanis Zalikha, suaminya itu komited menjaga anak mereka walaupun menyebut mahu menambah anak melalui video tersebut.

"Saya tahu dia sebut tu dengan kasih sayang. Mungkin kalau dia jenis cakap je, tapi tak tahu jaga anak, mungkin benda tu jadi sensitif.

"Saya rasa dia rindu dan nak hiburkan saya dari jauh," katanya yang bakal menyambut kelahiran bayi kedua pada Jun depan.

Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu dilantik sebagai duta Happikido selama setahun kerana sering berkongsi tip keibubapaan bersama lebih 4.8 juta pengikutnya di Instagram.

Hairul Azreen

Artikel Lain