suria

“Tengok dulu sebelum kecam” - Shiha Zikir jawab guna model separuh bogel dalam 'Pipiyama'

Shiha Zikir dikecam gara-gara model lelaki dalam muzik video terbaharunya, Pipiyama menayangkan badan separuh bogel.

BAHARU sahaja melancarkan muzik video single terbaharunya berjudul Pipiyama pada malam Isnin, penyanyi Shiha Zikir mula dihujani kecaman netizen.

Shiha didakwa telah mengeksploitasi tubuh sasa seorang lelaki yang juga model muzik video tersebut dalam keadaan separuh bogel sehingga ramai menyifatkan ia keterlaluan dan bertentangan dengan adab Melayu.

Enggan melatah dengan tuduhan itu, Shiha berkata, penggunaan model separuh bogel itu kerana ingin menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Malaysia asyik kritik, orang di Indonesia pula menyokong - Shiha Zikir luah rasa kecewa

ARTIKEL BERKAITAN: Ada VIP cuba dekati tapi Shiha Zikir tolak cara baik

Pinta Shiha, dia berharap peminat menonton secara keseluruhan muzik video itu sebelum membuat sebarang andaian atau komen melulu terhadapnya.

Shiha mempunyai alasan tersendiri menampilkan lelaki separuh bogel dalam Pipiyama.

'Saya mohon peminat dan masyarakat umum menonton dulu muzik video itu sehingga tamat sebelum membuat sebarang andaian dan bukannya terus mengecam kerana hanya melihat kelibat lelaki separuh bogel.

"Babak model itu menayangkan tubuhnya sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian dengan mesej lagu itu.

"Lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras kacak manakala lelaki sudah berkahwin atau duda mungkin penampilan kurang segak tetapi banyak wang! Haha," jelasnya kepada mStar.

Babak model itu menayangkan tubuhnya sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian dengan mesej lagu itu.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Pipiyama adalah single terbaharu Shiha yang dilancarkan di Indonesia hasil ciptaan Atra Petrana. Ia kini menjadi antara lagu bergenre dangdut paling popular di negara itu dan menduduki carta teratas.

Dalam pada itu, Shiha tidak menolak single terbaharunya itu mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya malah pernah mengalami situasi seperti mana dalam Pipiyama.

Pun begitu kata Shiha, walaupun ketika ini dia tidak memikirkan soal perkahwinan namun dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh sama ada lelaki bujang atau pun duda.

"Asalkan jangan suami orang sudahlah!," katanya yang gembira dengan sambutan Pipiyama di Indonesia.

Shiha Zikir, Pipiyama

Artikel Lain