suria

“70 peratus pasti, dia orang industri”- Fizz Fairuz mahu heret 'Makcik Puaka' keluar jika tak mohon maaf

PELAKON Datuk Fizz Fairuz menegaskan akan mengambil tindakan terhadap individu disebalik akaun Makcik Puaka jika pihak berkenaan enggan meminta maaf terhadapnya.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata, dia memberi tempoh sehingga malam Isnin untuk individu tersebut memberi maklum balas berkaitan permohonan maaf itu.

"Saya sudah kenal pasti 70 peratus individu itu dan dia adalah orang dalam bidang seni juga.

"Saya bukan nak buka aib dia tapi saya mahu dia berjumpa dan beritahu apa sebenarnya masalah dia dengan saya.

"Jika dia tidak mahu pertemuan itu diadakan dalam sidang media, dia boleh berjumpa saya sendiri secara depan-depan," ujarnya kepada mStar, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mahu dia tampil pada sidang media 16 April ini” - Fizz Fairuz sudah kenal pasti individu disebalik ‘Makcik Puaka’

ARTIKEL BERKAITAN:Akaun IG sebar fitnah Fizz Fairuz ditangkap khalwat buat permohonan maaf


Fizz enggan terima permohonan maaf di IG.

Pelakon filem Munafik itu ditemui pada majlis sidang media Star Vendors Mega Raya Fest 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada minggu lalu sebuah akaun IG dengan nama Makcik Puaka menyebarkan berita memberi gambaran aktor itu adalah individu bergelar Datuk Seri dicekup khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

Fizz meluahkan rasa kesal dengan fitnah tidak berasas disebarkan oleh akaun tersebut.

Malah, pelakon itu memberi tempoh satu minggu kepada pihak yang menabur fitnah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia akan mendedahkan identiti individu itu kepada umum jika gagal membuat permohonan maaf tersebut.

"Saya dah tahu siapa dia dan boleh heret dia keluar bila-bila masa sahaja. Saya tidak kisah siapa dia, dia orang berada atau tidak saya mahu dia mohon maaf secara lisan.

"Saya boleh tutup identiti dia jika dia mahu menyelesaikan isu ini dengan baik dan beri kerjasama," ujarnya.

Dalam pada itu, Fizz mengakui fitnah tangkap khalwat itu telah menjejaskan maruah dan kerjayanya.

Katanya, dia sudah berjanji untuk menjaga tingkah laku dengan baik sebelum menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk pada Januari 2018.

Sementara itu, pemerhatian mStar mendapati akaun Instagram Makcik Puaka sudah menukar identitinya dan membuang semua posting berkaitan gosip selebriti tanah air.

Fizz Fairuz, Makcik Puaka

Artikel Lain