PELAKON Datuk Fizz Fairuz sudah membuat laporan polis terhadap pengendali akaun gosip akaun Instagram Makcik Puaka setelah individu terbabit gagal membuat permohonan maaf secara lisan dalam tempoh yang ditetapkan. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, tindakan individu itu dengan enggan membuat permohonan maaf seolah-olah mahu mencabar amaran yang diberikan. "Tempoh peluang untuk individu terbabit membuat permohonan maaf secara lisan atau berjumpa dengan saya dalam menyelesaikan isu ini secara baik sudah tamat jam 12 tengah hari tadi, jadi atas nasihat pihak peguam, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul sebentar tadi. "Saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, namun dia (Makcik Puaka) mengabaikan tempoh lebih seminggu bermula 7 April lalu yang saya berikan. "Saya sudah cuba bertolak ansur namun dia seakan mencabar amaran yang diberikan, jadi kini tiba giliran pihak polis untuk menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “70 peratus pasti, dia orang industri”- Fizz Fairuz mahu heret 'Makcik Puaka' keluar jika tak mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mahu dia tampil pada sidang media 16 April ini” - Fizz Fairuz sudah kenal pasti individu disebalik ‘Makcik Puaka’ Fizz enggan terima permohonan maaf terbuka. Pelakon filem Munafik ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul pukul 2 petang Selasa. Minggu lalu, sebuah akaun Instagram dengan nama Makcik Puaka didakwa menyebarkan berita yang memberi gambaran seakan pelakon itu adalah individu bergelar Datuk Seri yang telah dicekup khalwat di Pualu Perhentian, Terengganu. Dalam pada itu, Fizz berkata, dia akan meneruskan rancangannya untuknya mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan. "Maafkan dia? Tengoklah mood saya bagaimana. "Saya tak mampu nak berkata apa ketika ini, saya sudah beri peluang namun disia-saiakannya," ujarnya.