KEMELUT kes rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan hingga dia menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang hamil tujuh bulan mengundang kebimbangan banyak pihak mengenai implikasinya kepada wanita. Rakan pendakwah, PU Rahmat Ikhsan berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian mengenai isu perceraian ketika sedang hamil ialah mengenai emosi wanita yang diceraikan. ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti cerai isteri hamil tujuh bulan demi janda anak satu ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cerita sendiri” - PU Abu mengaku cerai isteri sarat mengandung ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan status talak ketika isteri sedang hamil “Masalah besar bukan pada talak semasa mengandung itu dibenarkan atau tidak. Masalah besar pada bahaya mudarat talak itu kepada isteri yang sedang mengandungkan anak si penalak (orang yang melafazkan talak). "Emosinya terganggu dan boleh buat dia mahu membunuh anak dalam kandungan serta bunuh diri,” katanya di Twitter. Walaupun tidak merujuk secara langsung terhadap isu membabitkan PU Abu, namun kebimbangan berkenaan disuarakan PU Rahmat selepas isu yang sama menjadi perdebatan hangan netizen di media sosial. Tambah pendakwah bebas ini lagi, faktor lain yang perlu dihadapi si isteri yang diceraikan ini juga berkemungkinan menjadi penyebabkan kepada berlakunya gangguan emosi. "Kos bersalinnya, kos kesihatan anak, nafkahnya, mut'ah bekas isteri dan sistem sokongan keluarga yang diperlukan oleh bekas isteri dan anak. "Saya bermuhasabah atas segala apa yang berlaku dan berharap agar saya menjadi suri tauladan yang baik buat keluarga," ujarnya. Kenyataan yang dimuatnaik PU Rahmat di laman Twitter mendapat perhatian ramai. Sementara itu seorang lagi pendakwah yang lahir daripada program realiti yang sama iaitu PU Amin berkata isu membabitkan PU Abu bersifat peribadi dan tidak seharusnya dikaitkan dengan sikap keseluruhan ahli agama. "Kepada semua, saya wakil adik-beradik Pencetus Ummah (PU) memohon agar tidak dikaitkan nama ustaz dan PU yang lain. "Tugas kami menyampaikan kebaikan. Adapun ‘kesalahan’ yang dilakukan tidak kira nama atau title, ia perlu berdepan tindakan yang seadilnya,” katanya. Pada Sabtu mStar melaporkan pendedahan bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini bahawa dia sudah diceraikan pada Mac lalu ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan. Bekas isteri itu juga mendakwa perceraian itu didorong kehadiran pihak ketiga yang dikatakan seorang janda yang mempunyai seorang anak.