suria

“Saya tidak mahu berselindung lagi, sedar berhijab kerana rasa kecewa”- Fathia tampil rambut pendek

SELEPAS pelakon Emma Maembong membuat keputusan menukar penampilan dengan tidak lagi berhijab, kini aktres sensasi Fatiha Latiff turut melakukan perkara yang sama.

Pelakon drama Ariana Rose yang sebelum ini memuat naik foto tanpa memakai tudung muncul buat pertama kali dengan penampilan terbaharu itu di sebuah majlis pertunjukkan fesyen pada malam Rabu. 

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 32, yang kini berambut pendek berkata, tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri. 

“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri.  Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kapada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff buat hal lagi tayang gambar tak bertudung, netizen kata mungkin depresi

ARTIKEL BERKAITAN:Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri


Penampilan bahara Fatiha Latiff.

Dalam pada itu Fathia berkata, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa sepanjang tiga tahun memakai hijab.

Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk berdepan kecaman dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu.

“Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala,” ujarnya.

Fathia membuat keputusan untuk berhijab penuh pada 1 April 2016.

Sementara itu, ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace , Fathia menjelaskan punca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa. 

“Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini” ujarnya.

Fathia mengakui dia menyukai gaya rambut terbaharunya dan berharap ia turut diterima suatu hari nanti.

Fathia Latiff

Artikel Lain