PENANGAN watak Juita dalam drama Nur 2, pelakon Azar Azmi memberitahu dia menerima beberapa kiriman mesej peribadi (DM) berbaur lucah di media sosial. Azar atau nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi mengakui agak terkejut ketika membaca mesej tersebut dan tidak menyangka ada penonton terpengaruh dengan watak pelacur yang dilakonkan olehnya itu. "Buat masa ini ugutan atau serangan secara depan belum ada lagi. Tapi netizen hantar mesej lucah tu ada, sampai ada DM ajak buat hubungan seks dengan style kucing. "Malah, ada juga yang buat tempahan dengan harga RM150. Allahuakbar... terkejut saya! Bila saya stalk akaun mereka, tengok gambar dah dewasa. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah sebaris Neelofa, ini dia Azar Azmi ‘pelacur’ drama Nur2 ARTIKEL BERKAITAN: Bawa watak pelacur dalam 'Nur 2', Azar Azmi sedia dikecam Azar anggap mesej lucah gurauan netizen. "Biarkan jela, saya tak balas pun komen-komen itu, malas nak meroyan! Saya anggap mereka hanya mengusik dan terbawa-bawa dengan watak Juita kut," katanya kepada mStar. Azar ditemui semasa previu Sucinya Ramadan RTM yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Selalu lalu. Ada yang buat tempahan dengan harga RM150. Allahuakbar... terkejut saya! -AZAR AZMI Sementara itu, aktres berusia 30 tahun ini tidak menyangka lakonannya dalam Nur 2 menerima maklum balas positif penonton. Malah, rezekinya juga mencurah-curah selepas menjayakan watak antagonis itu. Watak pelacur yang dilakonkan oleh Azar dibawa dengan begitu baik. "Sejujurnya saya memang tak jangka watak Juita mendapat sambutan dan menjadi perhatian ramai. "Nur 2 membuka mata ramai pihak untuk melihat bakat saya dan Alhamdulillah rezeki mencurah-curah sampaikan jadual lakonan saya penuh hingga hujung tahun ini," ujarnya. Selain Azar, drama Nur 2 yang mengangkat kisah mengenai pelacur itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Fatimah Abu Bakar dan Jalaluddin Hassan. Nur 2 bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Samarinda di TV3.