suria

“Maafkan mereka, anda akan lebih tenang”- Bekas isteri, PU Abu masih tunggu ‘green light’ bapa

Ain tidak mahu orang lain merasai kesakitan yang dialaminya.

BEKAS isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini memberitahu dia menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang menimpa nasib sepertinya.

Ain menerusi laman Instastorynya berkata, semua orang akan melalui pengalaman kekecewaan dan tiada masalah untuk seseorang itu menangis bagi melepaskan tekanan.

"Saya ada baca beberapa mesej orang yang melalui pengalaman dalam situasi yang sama atau yang lebih teruk. Kita semua ada momen seperti itu sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz selebriti cerai isteri hamil tujuh bulan demi janda anak satu

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat macam ni” - PU Abu menyesal, mohon maaf


Ain dedah terima mesej daripada wanita yang melalui situasi yang sama sepertinya.

"Kita jatuh, berhenti dan runtuh. Tak apa untuk tutup telefon anda, sorok dalam bilik dan menangis. Ia benar-benar tak apa," katanya.

Ain sebelum ini mendedahkan dia diceraikan pendakwah itu ketika sedang sarat mengangung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Selain itu Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Tambah Ain, apabila seseorang itu sudah berasa tenang, dia perlu bangun dan berkata pada hati untuk memaafkan mereka yang membuat salah.

Ain juga memohon maaf kepada sesiapa yang perlu melalui kesakitan yang sama sepertinya dan menganggap individu tersebut adalah seorang yang kuat.

PU Abu dikatakan menceraikan Ain demi mengahwini janda anak seorang bernama Hana Azraa (tengah).

"Apabila ada berasa tenang, tolong bangun. Teguk sedikit air. Duduk sebentar dan sentuh hati anda, kata: Maafkan mereka, anda akan baik-baik sahaja. Semua akan kembali cerah semula. Allah lebih mengetahui setiap perkara.

"Untuk semua yang melalui seperti saya, saya minta maaf anda perlu rasa kesakitan itu. Saya minta maaf saya tak boleh ambil kesakitan itu.

"Tapi saya nak anda tahu yang anda seorang yang kuat. Jadi baik pada Allah. Kepada yang tidak pernah lalui momen kesakitan ini, bagus untuk anda," katanya.

Dalam pada itu, Ain turut mendoakan agar orang lain tidak perlu merasai kesakitan yang dialaminya.

"Saya doakan anda tidak akan pernah rasa apa yang saya rasakan. Tapi tolong jadi baik dengan kata-kata, aksi, dan penghakiman anda.

"Tolong jadi baik kepada semua orang," ujarnya.

Ain Afini, PU Abu, Hana Azraa

Artikel Lain