suria

“Beli barang baby, yeay!” - PU Abu gembira dah bagi RM10,000 untuk bekas isteri, anak

PU Abu tunai tanggungjawab sebagai seorang bapa. Foto Instagram @puabu.official

SETELAH diselar netizen kononnya dia mengabaikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Pencetus Ummah (PU) Abu pada Sabtu menepis dakwaan tersebut.

Menerusi muat naik terbaharu di Instastory, PU Abu memberitahu dia memperuntukkan sejumlah wang kepada bekas isteri sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

"Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Barang baby dah beli? Jangan sibuk dengan janda saja” - PU Abu pun jawab ‘Okey’

ARTIKEL BERKAITAN: “Berpada-padalah jatuh hukum” - Nak dakwa pengkritik ke mahkamah bukan kenyataan PU Abu!

Terdahulu PU Abu dengan gembira berkongsi jadual kerjanya hari ini dengan pengikut Instagram.

"Program hari ini... penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeay!," kata PU Abu.

Perkongsian terbaharu PU Abu di Instagram.

Perkongsian mengenai isu kelengkapan bayi itu dilihat sebagai reaksi balas PU Abu terhadap netizen yang mengecamnya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

Orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.

"Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati.

"Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja," komen netizen pada foto tersebut.

Pada salah satu komen 'pedas' yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas 'okay' berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen.

Isu rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan.

PU Abu Sufyan, Hana Azraa, Ain Afini

Artikel Lain