suria

“Yang penting dah halal” - PU Abu akhiri status duda, dah nikah di Thailand

PASANGAN ini selamat dinikahkan di Thailand pada 2 Mei lalu.

SELEPAS beberapa minggu mendiamkan diri mengenai status sebenar dirinya, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya mengesahkan sudah berkahwin dengan janda beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Jelas PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, hubungannya bersama wanita yang didakwa menjadi punca dia menceraikan bekas isterinya, Aini Afini kini sudah halal selepas mereka dinikahkan pada awal bulan lalu.

“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.

“Terima kasih menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal,” katanya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak kahwin lari, nikah dengan Hana secara sah di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: “Beli barang baby, yeay!” - PU Abu gembira dah bagi RM10,000 untuk bekas isteri, anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Maafkan mereka, anda akan lebih tenang”- Bekas isteri, PU Abu masih tunggu ‘green light’ bapa

PU Abu berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah posting di Instastory miliknya pada awal pagi Rabu.

Status di Instastory milik PU Abu sebelum dia memadamkannya.

Penjelasan itu sekaligus mengesahkan maklumat daripada individu yang mendakwa melihat PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa berada di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu.

Dalam pada itu, PU Abu sempat mengingatkan netizen untuk menjaga hal masing-masing dan berhenti menghukumnya.

“Berhenti mengecam saya seolah-olah hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing-masing," ujarnya.

Bagaimanapun semakan mStar mendapati pendakwah bebas itu menyahaktifkan akaun Instagram selepas lima minit mengesahkan perkara berkenaan.

Posting yang dibuat PU Abu dan Hana Azraa pada Jumaat, 3 Mei lalu.

Akaun itu kemudiannya diaktifkan semula beberapa jam kemudian dan status di Instastory juga terpadam.

Untuk rekod pada 3 Mei lalu PU Abu dan Hana Azraa ada memuat naik posting berbunyi “Alhamdulillah" dan “Officially" melalui Instastory masing-masing yang memberi bayangan mereka berkongsi kegembiraan selepas dinikahkan.

Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.

PU Abu

Kontroversi rumah tangga PU Abu mula mendapat perhatian pada April lalu apabila bekas isterinya Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika sarat mengandung tujuh bulan.

Ain turut memberitahu punca perceraian itu disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Ain juga mendedahkan PU Abu meminta keizinan untuk berpoligami ketika dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

PU Abu Sufyan, Hana Azraa, Ain Afini

Artikel Lain