GADIS dikenali sebagai Nismell yang menjadi sasaran netizen selepas foto dan videonya bersama seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz akhirnya tampil menjelaskan kontroversi berkenaan. Menurut Nismell, dia mengakui individu berkenaan adalah Aliff dan foto mesra yang memperlihatkan penyanyi itu tidak berbaju dirakam ketika mereka menghadiri sebuah parti tertutup. "Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab tu main petik saja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah. ARTIKEL BERKAITAN: (TERBAHARU) Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu" ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok Nismell menjelaskan perkara tersebut menerusi live Instagram. "Gambar tu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya," kata Nismell. Gadis yang dipercayai berusia 17 tahun itu menjelaskan perkara tersebut secara langsung di Instagram miliknya pada Selasa. Terang Nismell lagi, penyebaran foto berkenaan dibuat oleh individu yang dipercayai kenalannya sendiri kerana masalah hutang. Gambar tu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya Nismell "Benda fasal hutang tapi kau nak kaitkan dengan gambar aku dengan Aliff," tegas Nismell menjawab beberapa soalan daripada penonton siaran langsung berkenaan. Selain itu gadis berkenaan kecewa dengan tindakan individu berkenaan menularkan foto mereka hingga boleh menjejaskan rumah tangga Aliff. Foto Aliff bersama seorang gadis tersebar di laman sosial. "Dia dah la ada masalah dengan keluarga, lagi nak kaitkan. Kalau nak viral, ambil gambar aku seorang dah la. Tak perlu kaitkan dia," katanya. Untuk rekod, ini merupakan berita ketiga kes curang membabitkan Aliff dilaporkan media. Pertama kali Aliff didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan adalah pada 2017 iaitu membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke.