TIDAK sampai beberapa jam foto Aliff Aziz dengan seorang janda sedang berciuman tersebar, penyanyi itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis. Selepas beberapa kali berlaku curang terhadap isterinya, Aliff akhirnya menceraikan Bella Astillah dengan talak satu. Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid kira-kira pukul 3.45 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Foto mirip Aliff Aziz tersebar lagi, tak pakai baju dengan minah Tiktok ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu" ARTIKEL BERKAITAN: Foto Aliff Aziz cium janda pula tersebar, katanya telefon bimbit hilang sebelum Ramadan Dalam pada itu, ketika disoal Izzat Syazli berhubung alasan Bella membuat permohonan cerai kerana sudah tiada lagi persefahaman dan tiga bulan tidak tinggal bersama. Selain itu, Bella turut memberi alasan Aliff sering berlakucurang dan dia memiliki bukti video dan beberapa keping gambar berhubung tuduhan itu. Aliff bagaimanapun bersutuju untuk memberi nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan berkuatkuasa Mei ini. Aliff yang berpakaian serba hitam hadir ke mahkamah bersama seorang rakannya. Manakala, Bella Astillah hadir bersama peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf beserta anak dan ibu bapanya. Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu. Aliff bersama anaknya Ayden. Bagaimanapun, Aliff tidak bersetuju untuk bercerai sebelum mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai dilantik sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Hasil daripada proses perbincangan bersama wakil kedua-dua belah pihak, Aliff dan Bella bersetuju untuk berdamai. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun. Pada Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan kecurangan kali ketiga Aliff Aziz apabila foto tidak memakai baju bersama seorang gadis bernama Nismell tersebar di laman sosial. Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff.