PENYANYI Aliff Aziz mengalirkan air mata mendengar pesanan yang diberikan oleh bekas isterinya Bella Astillah sejurus penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis. Menurut Aliff, 28, bekas isterinya itu meminta dia memperbaiki diri dan menjadikan apa yang berlaku sebagai petunjuk daripada Allah SWT. "Sejujurnya saya hilang kata-kata dan sebagai manusia biasa saya anggap ini petunjuk daripada Allah untuk saya perbaiki diri. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff sering curang... Bella Astillah akhirnya diceraikan talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Bella nekad teruskan kehidupan tanpa Aliff, katanya "mental dan fizikal saya terganggu" "Saya tak mahu komen lebih-lebih, sekarang ini saya cuma nak perbaiki diri... itu nasihat terakhir Bella dan selebihnya saya serahkan kepada Allah. Bella memberikan nasihat untuk Aliff. "Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi," katanya kepada sekumpulan wartawan yang membuat liputan perceraiannya. Sebelum itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini menceraikan Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, dengan talak satu. Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid kira-kira pukul 3.45 petang. Dalam pada itu, Aliff berkata Bella banyak berkorban untuknya dan dia mengagumi kesabaran yang dimiliki wanita tersebut. Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami. ALIFF AZIZ PENYANYI "Bella terlalu banyak berkorban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak. "Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya. Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya," ujarnya yang benar-benar sebak dengan situasi di mahkamah itu. Ditanya mengenai kontroversi membabitkan dia dengan gadis berusia 16 tahun dikenali sebagai Nismell dan seorang ibu tunggal, Meri Meifina, aktor berasal Singapura ini enggan mengulas lanjut. Bella diberi tanggungjawab menjaga anak mereka. Ujarnya, dia kini hanya memikirkan mengenai hari-hari mendatang dan mahu fokus memperbaiki kesilapan diri. "Saya tak nak komen isu lain dan cuma mahu hadap hari esok yang bakal saya hadapi. Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami," ujarnya. Dalam pada itu Bella berkata, setiap orang yang berkahwin sudah semestinya mahu mempertahankan rumah tangga masing-masing. Malah dia sendiri sudah bersuaha untuk mempertahankannya walaupun pelbagai ujian dilalui dalam rumah tangganya itu namun kecurangan Aliff yang sering dilakukan membuatkan dia nekad untuk memohon berpisah. Tinggal kenangan... "Sekali atau dua, memang orang buat silap tapi (jika) dah lebih... itu adalah pilihan (kehendak diri). Bella rasa perpisahan ini adalah jalan terbaik," katanya yang kelihatan kuat menempuh ujian berkenaan. Walaupun masih ada perasaan sayang terhadap Aliff, ujar Bella, dia memerlukan ruang untuk bermuhasabah diri dan berharap bekas suaminya itu juga berbuat demikian. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohd Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. Pada Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan kecurangan kali ketiga Aliff Aziz apabila foto tidak memakai baju bersama seorang gadis bernama Nismell tersebar di laman sosial. Kemudian muncul pula beberapa keping foto penyanyi itu bercium dengan seorang janda di kelab malam turut tersebar pada pagi Khamis. Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff.